Ahad, 27 Mei 2012

Bacaan Dalam Solat - 7. Duduk Di Antara Dua Sujud

Disusun oleh Abu Haniff

 

7.1 Doa Pertama

Duduk01
(Ya Allah, ampunilah aku, dan kasihanilah aku, dan berikanlah aku kesejahteraan, dan berikanlah aku petunjuk, dan berikanlah aku rezeki)
 
7.2 Doa Kedua
Duduk02
(Ya Allah, ampunilah aku, dan kasihanilah aku, dan cukupilah aku, dan berikanlah aku petunjuk, dan berikanlah aku rezeki)
 
7.3 Doa Ketiga
Duduk03
(Tuhanku, ampunilah aku, dan kasihanilah aku, dan cukupilah aku, dan berikanlah aku rezeki, dan angkatkanlah darjatku)
 
7.4 Doa Keempat
Duduk04
(Tuhanku, ampunilah aku, dan kasihanilah aku, dan cukupilah aku, dan angkatkanlah darjatku, dan berikanlah aku rezeki, dan berikanlah aku petunjuk)
 
7.5 Doa Kelima
Duduk05
(Tuhanku ampunilah aku, Tuhanku ampunilah aku)


Muat turun Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud

Ahad, 20 Mei 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 6. Sujud

Disusun oleh Abu Haniff

Hadis 6.1.1

Dari Huzaifah, bahawasanya dia pernah solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w., dan adalah Nabi s.a.w. mengucapkan di dalam rukuknya, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung”, dan di dalam sujudnya, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi”. Dan tidaklah dia melewati ayat rahmat melainkan dia berhenti padanya, lalu dia memohon. Dan tidaklah dia melewati ayat azab melainkan dia berhenti padanya, lalu dia memohon perlindungan. (Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i)

Hadis 6.1.2

Dari Huzaifah, dia berkata, “Aku pernah solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w. pada suatu malam, dan dia memulakan dengan surah Al-Baqarah. Aku berkata, ‘Dia akan rukuk pada ayat yang ke 100’. Kemudian dia melewatinya.

Aku berkata, ‘Dia akan solat dengannya surah Al-Baqarah ini di dalam satu rakaat’. Tetapi dia melewatinya. Maka aku berkata, ‘Dia akan rukuk dengannya surah Al-Baqarah’. Kemudian Nabi s.a.w. memulakan dengan surah An-Nisa', lalu dia membacanya.

Kemudian Nabi s.a.w. memulakan dengan surah Ali Imran, lalu dia membacanya. Nabi s.a.w. membaca dengan tidak tergesa-gesa. Apabila dia melewati ayat-ayat yang terdapat di dalamnya tasbih, dia bertasbih. Dan apabila dia melewati ayat untuk memohon, dia memohon. Dan apabila dia melewati ayat ta’awwuz, dia berta’awwuz.

Kemudian Nabi s.a.w. rukuk, dan dia membaca, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ, yang bermaksud, ‘Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung’. Maka adalah rukuknya sama lama dengan berdirinya. Kemudian Nabi s.a.w. mengucapkan, سَمِعَ ﭐللهُ لِمَن حَمِدَهُ, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’.

Kemudian Nabi s.a.w. berdiri dengan lamanya, hampir selama dengan rukuk. Kemudian Nabi s.a.w. sujud, dan dia mengucapkan, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى, yang bermaksud, ‘Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi’. Maka adalah sujudnya hampir sama lamanya dengan berdirinya”.

Perawi berkata: Dan di dalam hadis Jarir mengandungi penambahan, “Dan dia mengucapkan, ‘سَمِعَ ﭐللهُ لِمَن حَمِدَهُ، رَبَّنَا لَكَ ﭐلْحَمْدُ’ ”. (Muslim, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah)

Hadis 6.1.3

Dari Huzaifah Al-Yaman, bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. mengucapkan apabila dia rukuk, “سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ”, sebanyak 3 kali. Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan, “سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى”, sebanyak 3 kali. (Ibnu Majah, Abu Daud)

 

Hadis 6.2

Dari Qatadah, dari Mutorrif bin Abdullah bin Asy-Syukhair, bahawa Aisyah pernah memberitahu kepadanya, bahawa Rasulullah s.a.w., adalah dia mengucapkan di dalam rukuknya dan sujudnya, سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ ﭐلْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ, yang bermaksud, “Maha Mulia lagi Maha Qudus Tuhan para malaikat dan roh”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)

 

Hadis 6.3

Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Adalah Nabi s.a.w., dia banyak mengucapkan di dalam rukuknya dan sujudnya,

Sujud03

yang bermaksud, ‘Maha Mulia Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan dengan pujianMu. Ya Allah, ampunilah aku’. Nabi s.a.w. menginterpretasikan Al-Quran”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ahmad)

Adapun yang dimaksudkan dengan Nabi s.a.w. menginterpretasikan Al-Quran ialah Nabi s.a.w. menginterpretasi dan mematuhi perintah Allah yang terdapat di dalam firmanNya di dalam ayat An-Nasr 110:3,

PSujud03

yang bermaksud, “Maka bertasbihlah dengan pujian Tuhanmu. Dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat”.

 

Hadis 6.4

Dari Ali bin Abu Talib r.a., dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir, kemudian dia mengucapkan,

PSujud04a

yang bermaksud, ‘Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak, lagi menyerah diri kepada Allah. Dan tidaklah aku dari kalangan orang-orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah.

Ya Allah, Engkaulah Yang Menguasai, tiadalah tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui akan dosaku. Maka ampunilah dosa-dosaku kesemuanya. Sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.

Dan berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang paling baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya melainkan Engkau. Dan hindarkanlah dariku yang buruknya. Tiadalah yang dapat menghindarkan diriku yang buruknya melainkan Engkau.

Di sini aku untuk berkhidmat kepadaMu dan untuk menyenangkan hatiMu. Dan kebaikan itu kesemuanya adalah di dalam tanganMu, dan keburukan itu tiada padaMu. Aku adalah menerusiMu dan kepadaMu. Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi Engkau. Aku memohon keampunan dariMu dan aku bertaubat kepadaMu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. rukuk, dia mengucapkan,

Rukuk5

yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. bangkit, dia mengucapkan,

PSujud04c

yang bermaksud, Allah mendengar kepada orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami, dan kepunyaanMulah puji-pujian itu, memenuhi segala langit dan bumi, dan memenuhi apa yang di antara keduanya, dan memenuhi apa yang Engkau kehendaki selepas itu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan,

Sujud04

yang bermaksud, Ya Allah, kepadaMu aku sujud, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Wajahku bersujud kepada yang menjadikannya dan membentuknya, maka amat baik sekali bentuknya. Dan Dia membuka pendengaranku dan penglihatanku. Dan Maha Berkat Allah, yang terbaik dari segala pencipta-pencipta’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam solat, dia berdoa

PSujud04e

yang bermaksud, Ya Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau’ ”. (Abu Daud, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)

 

Hadis 6.5

Dari Auf bin Malik Al-Asyja’i, dia berkata, “Aku pernah berdiri solat bersama-sama Rasulullah s.a.w. pada suatu malam. Maka dia berdiri, lalu dia membaca surah Al-Baqarah. Tidaklah dia melewati dengan suatu ayat rahmat melainkan dia berhenti lalu memohon, dan tidaklah dia melewati dengan suatu ayat azab melainkan dia berhenti lalu dia memohon perlindungan”. Auf bin Malik Al-Asyja’i berkata, “Kemudian dia rukuk dengan kadar sebagaimana berdirinya. Dia berkata di dalam rukuknya,

Rukuk7

yang bermaksud, ‘Maha Mulia Yang memiliki Keperkasaan, dan Kuasa Memerintah, dan Keagungan, dan Kehebatan’. Kemudian dia sujud dengan kadar sebagaimana berdirinya. Kemudian dia mengucapkan di dalam sujudnya seperti yang demikian itu. Kemudian dia berdiri lalu dia membaca Surah Ali Imran, kemudian dia membaca surah demi surah”. (Abu Daud. An-Nasa’i, Ahmad)

 

Hadis 6.6

Ibnu Juraij berkata, “Aku berkata kepada Atha’, ‘Bagaimanakah engkau ucapkan di dalam rukuk’. Dia berkata, ‘Adapun bacaannya ialah, ‘سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنتَ’ yang bermaksud: Maha Mulia Engkau dan dengan pujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau.

Maka Ibnu Abi Mulaikah telah mengkhabarkan kepadaku dari Aisyah r.a., dia berkata, ‘Aku kehilangan Nabi s.a.w. pada suatu malam. Lalu aku beranggapan bahawa dia telah pergi kepada sebahagian dari isteri-isterinya. Maka aku keluar menyiasat, kemudian aku kembali.

Dan pada masa itu dia sedang rukuk atau sedang sujud, mengucapkan: سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنتَ. Aku berkata: Dengan ayahku, engkau, dan ibuku, sesungguhnya aku benar-benar di dalam satu kekhuatiran, sedangkan sesungguhnya engkau benar-benar di dalam keadaan selainnya’. (Muslim, An-Nasa’i)

 

Hadis 6.7

Dari Hilal bin Yisaf, dia berkata, “Aisyah r.a. pernah berkata, ‘Aku kehilangan Rasulullah s.a.w. dari katilnya, lalu aku mula mencarinya, dan aku menganggap bahawa dia mendatangi sebahagian isteri-isterinya. Lalu tanganku tersentuh dia, sedangkan dia sedang dalam keadaan sujud, dan dia mengucapkan:

Sujud07

yang bermaksud: Ya Allah, ampunilah aku akan apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku perlihatkan’”. (An-Nasa’i)

 

Hadis 6.8

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata, “Aku pernah bermalam di rumah ibu saudaraku, Maimunah. Lalu aku memperhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. solat”. Ibnu Abbas r.a. berkata, “Maka Rasulullah s.a.w. bangun dan dia buang air kecil. Kemudian dia membasuh wajahnya dan kedua telapak tangannya. Kemudian dia tidur.

Kemudian dia bangun menuju ke balang air lalu dia melonggarkan tali pengikatnya. Kemudian dia menuangkan air ke dalam besen, lalu dia menonggengkan besen itu dengan tangannya ke arah dirinya. Kemudian dia berwuduk dengan wuduk yang baik di antara dua wuduk.

Kemudian dia berdiri lalu dia solat. Dan aku datang lalu aku berdiri di sisinya. Dan aku berdiri itu di sebelah kirinya”. Ibnu Abbas r.a. berkata, “Lalu dia memegang aku, dan dia membuat aku berdiri di sebelah kanannya. Dan solat Rasulullah s.a.w. selesai dengan 13 rakaat.

Kemudian dia tidur sehingga berdengkur, dan adalah kami mengetahuinya apabila dia tidur dengan dengkurannya. Kemudian dia keluar untuk solat, lalu dia solat. Dan dia mengucapkan di dalam solatnya atau di dalam sujudnya,

Sujud08

yang bermaksud, ‘Ya Allah, jadikanlah di dalam kalbuku cahaya, dan di dalam pendengaranku cahaya, dan di dalam penglihatanku cahaya. Dan di sebelah kananku cahaya, dan di sebelah kiriku cahaya, dan di hadapanku cahaya, dan di belakangku cahaya, dan di atasku cahaya, dan di bawahku cahaya. Dan jadikanlah bagiku cahaya, atau Rasulullah s.a.w. mengucapkan dan jadikanlah aku cahaya’. (Muslim, Ahmad)

 

Hadis 6.9

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata, “Aku pernah bermalam di rumah ibu saudaraku, Maimunah binti Al-Harith, dan Rasulullah s.a.w. juga bermalam di sana. Lalu aku melihat dia berdiri untuk menunaikan hajatnya. Maka dia membawa sebuah balang air lalu dia melepaskan tali pengikatnya. Kemudian dia berwuduk di antara dua wuduk. Kemudian dia membawa hamparannya, kemudian dia tidur.

Kemudian dia bangun lagi, lalu dia membawa membawa balang air itu dan dia melepaskan tali pengikatnya. Kemudian dia berwuduk dengan wuduk yang ianya adalah wuduk. Kemudian dia berdiri untuk solat, dan dia mengucapkan di dalam sujudnya,

Sujud09

yang bermaksud, ‘Ya Allah, jadikanlah di dalam kalbuku cahaya, dan jadikanlah di dalam pendengaranku cahaya, dan jadikanlah di dalam penglihatanku cahaya. Dan jadikanlah dari bawahku cahaya, dan jadikanlah dari atasku cahaya, dan di sebelah kananku cahaya, dan di sebelah kiriku cahaya. Dan jadikanlah hadapanku cahaya, dan jadikanlah belakangku cahaya. Dan tambahkanlah bagiku cahaya’.

Kemudian Rasulullah s.a.w. tidur sesungguhnya dia berdengkur. Dan Bilal datang kepadanya lalu membangunkannya untuk solat”. (An-Nasa’i)

 

Hadis 6.10

Dari Abu Hurairah r.a., dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku kehilangan Rasulullah s.a.w. pada suatu malam dari hamparannya. Maka aku mencarinya, lalu tanganku tersentuh bahagian perut telapak kakinya, sedang adalah dia di dalam masjid, dan keduanya dalam keadaan menegak, dan dia mengucapkan,

Sujud10

yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keridhaanMu dari kebencianMu, dan dengan kemaafanMu dari hukumanMu. Tidaklah dapat aku mengira pujian ke atas diriMu. Engkau adalah sebagaimana pujianMu kepada diriMu’ ”. (Muslim, Abu Daud)

 

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 6. Sujud

Ahad, 13 Mei 2012

Bacaan Dalam Solat - 6. Sujud

Disusun oleh Abu Haniff

6.1 Doa Pertama

Sujud01

(Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung)

 

6.2 Doa Kedua

Sujud02

(Maha Mulia lagi Maha Qudus Tuhan para malaikat dan roh)

 

6.3 Doa Ketiga

Sujud03

(Maha Mulia Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan dengan pujianMu. Ya Allah, ampunilah aku)

 

6.4 Doa Keempat

Sujud04

(Ya Allah, kepadaMu aku sujud, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Wajahku bersujud kepada yang menjadikannya dan membentuknya, maka amat baik sekali bentuknya. Dan Dia membuka pendengaranku dan penglihatanku. Dan Maha Berkat Allah, yang terbaik dari segala pencipta-pencipta)

 

6.5 Doa Kelima

Sujud05

(Maha Mulia Yang memiliki Keperkasaan, dan Kuasa Memerintah, dan Keagungan, dan Kehebatan)

 

6.6 Doa Keenam

Sujud06

(Maha Mulia Engkau dan dengan pujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau)

 

6.7 Doa Ketujuh

Sujud07

(Ya Allah, ampunilah aku apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku perlihatkan)

 

6.8 Doa Kelapan

Sujud08

(Ya Allah, jadikanlah di dalam kalbuku cahaya, dan di dalam pendengaranku cahaya, dan di dalam penglihatanku cahaya. Dan di sebelah kananku cahaya, dan di sebelah kiriku cahaya, dan di hadapanku cahaya, dan di belakangku cahaya, dan di atasku cahaya, dan di bawahku cahaya. Dan jadikanlah bagiku cahaya, atau Rasulullahr mengucapkan dan jadikanlah aku cahaya)

 

6.9 Doa Kesembilan

Sujud09

(Ya Allah, jadikanlah di dalam kalbuku cahaya, dan jadikanlah di dalam pendengaranku cahaya, dan jadikanlah di dalam penglihatanku cahaya. Dan jadikanlah dari bawahku cahaya, dan jadikanlah dari atasku cahaya, dan di sebelah kananku cahaya, dan di sebelah kiriku cahaya. Dan jadikanlah hadapanku cahaya, dan jadikanlah belakangku cahaya. Dan tambahkanlah bagiku cahaya)

 

6.10 Doa Kesepuluh

Sujud10

(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keridhaanMu dari kebencianMu, dan dengan kemaafanMu dari hukumanMu. Tidaklah dapat aku mengira pujian ke atas diriMu. Engkau adalah sebagaimana pujianMu kepada diriMu)

 

Muat turun Bacaan Dalam Solat 6. Sujud

Isnin, 7 Mei 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 5. Iktidal

Disusun oleh Abu Haniff
Hadis 5.1
Abu Hurairah r.a. berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat, dia bertakbir apabila berdiri, kemudian dia bertakbir apabila rukuk, kemudian dia mengucapkan, سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, apabila dia menaikkan tulang belakangnya dari rukuk. Kemudian dia mengucapkan semasa dia sedang berdiri, ‘رَبَّنَا وَلَكَ ٱلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian’. Kemudian dia bertakbir apabila turun, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya, kemudian dia bertakbir apabila dia sujud, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya. Kemudian dia mengerjakan yang demikian itu di dalam solat keseluruhannya sehingga menyempurnakannya. Dan juga dia bertakbir apabila dia berdiri dari yang kedua setelah duduk”. (Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Al-Baihaqi)
 
Hadis 5.2
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bahawasanya dia pernah bersabda, “Hanya sanya dijadikan imam itu untuk diikuti, maka janganlah kamu bercanggah dengannya. Lalu apabila dia rukuk, maka kamu rukuklah. Dan apabila dia mengucapkan, ‘سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ’, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, maka kamu ucapkanlah, ‘رَبَّنَا لَكَ ٱلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian’. Dan apabila dia sujud, maka kamu sujudlah. Dan apabila dia solat secara duduk, maka kamu solatlah secara duduk kesemuanya. Dan luruskan saf di dalam solat, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu adalah tergolong dari kesempurnaan solat”. (Bukhari)
 
Hadis 5.3
Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila imam mengucapkan, ‘سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ’, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, maka kamu ucapkanlah, ‘اَللّٰهُمَّ رَبَّنَا لَكَ ٱلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian’. Kerana sesungguhnya barang siapa yang ucapannya bersamaan dengan ucapan malaikat, diampuni baginya apa yang lalu dari dosa-dosanya”. (Bukhari, Muslim)
 
Hadis 5.4
Dari Rifa’ah bin Rafi’, dia berkata, “Adalah pada suatu hari kami pernah menunaikan solat di belakang Nabi s.a.w., lalu ketika dia mengangkat kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan, ‘سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ’, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, seorang lelaki di belakangnya berkata, ‘رَبَّنَا وَلَكَ ٱلْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيْرًا طَيـِّـــبًا مُبَارَكًا فِيْهِ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian. Pujian-pujian yang banyak, yang baik, yang penuh berkah di dalamnya’. Lalu setelah selesai solat, Nabi s.a.w. bersabda, ‘Siapakah yang berkata-kata itu’. Lelaki itu menjawab, ‘Saya’. Nabi s.a.w. bersabda, ‘Aku melihat sekitar 30 malaikat berlumba-lumba siapakah di antara mereka yang menulisnya terlebih dahulu’ ”. (Bukhari, Malik, Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Baihaqi, Ahmad)
 
Hadis 5.5
Dari Ibnu Abu Aufa, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., apabila dia mengangkat punggungnya dari rukuk, dia mengucapkan,
PIktidal1
yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya. Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu’ ”. (Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ahmad)
 
Hadis 5.6
Dari Ali bin Abi Talib, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan,
PIktidal2
yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya. Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu’ ”. (At-Tirmizi, Abu Daud)
 
Hadis 5.7
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawasanya Nabi s.a.w., adalah apabila dia mengangkatkan kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan,
PIktidal3
yang bermaksud, “Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi dan apa yang di antara keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu”. (Muslim)
 
Hadis 5.8
Dari Abi Said Al-Khudri, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia mengangkatkan kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan,
PIktidal4
yang bermaksud: Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Yang paling wajar apa yang seorang hamba itu mengatakan, dan kesemua kami bagiMu adalah hamba, ‘Ya Allah, tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu’ ”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i)
 
Hadis 5.9
Dari Huzaifah, bahawasanya dia pernah solat bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. pada suatu malam, dan dia mendengar Rasulullah s.a.w. apabila bertakbir, Rasulullah s.a.w. mengucapkan, ‘ذُوﭐلْمَلَكُوتِ وَﭐلْجَبَرُوتِ وَﭐلْكِبْرِيَاءِ وَﭐلْعَظَمَة اَللهُ أَكْبَرُ’. Dan adalah Rasulullah s.a.w. mengucapkan di dalam rukuknya, ‘سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ’. Dan apabila Rasulullah s.a.w. mengangkatkan kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan, ‘لِرَبِّيَ ﭐلْحَمْدُ، لِرَبِّيَ ﭐلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu, bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu’, dan di dalam sujudnya, ‘سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى’, dan di dalam di antara dua sujud, ‘رَبِّ ﭐغْفِرْ لِي رَبِّ ﭐغْفِرْ لِي’. Dan adalah berdirinya, dan rukuknya, dan apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk, dan sujudnya, dan yang di antara dua sujud adalah lamanya hampir sama. (An-Nasa’i, Abu Daud)

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal