Rabu, 29 Mei 2013
Bacaan Dalam Solat - Untuk Pengguna iPad dan iPhone
https://itunes.apple.com/my/app/bacaan-dalam-solat-disusun/id650386439?l=en&mt=8
Sabtu, 4 Ogos 2012
Bacaan Dalam Solat - 12. Zikir Selepas Solat
Disusun oleh Abu Haniff
12.1 Zikir Pertama
12.2 Zikir Kedua
(Ya Allah, Engkau Yang Maha Sejahtera, dan dariMu kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan)
12.3 Zikir Ketiga
(10 Kali – Selepas subuh dan maghrib)
(Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa)
12.4 Zikir Keempat
(Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Ya Allah, tidak ada yang dapat mencegah bagi apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi bagi apa yang Engkau cegah. Dan tidak akan memberi manfaat kepada yang memiliki kemuliaan terhadapMu akan kemuliaan itu)
12.5 Zikir Kelima
(Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Tiadalah kuasa dan tiada juga kekuatan melainkan dengan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan tidaklah kami sembah melainkan Dia. KepunyaanNyalah segala nikmat, dan kepunyaanNyalah segala limpah kurnia, dan bagiNyalah segala pujian yang baik. Tiada Tuhan melainkan Allah, ikhlas bagiNya beragama walaupun orang kafir membencinya sangat-sangat)
12.6 Zikir Keenam
Ayat Kursi
(Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang Berdiri SendiriNya. Tidaklah mengantuk menimpaNya dan tidak juga tidur. KepunyaanNya apa yang di semua langit dan apa yang di bumi. Siapakah ia yang memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui apa yang di antara tangan mereka, dan apa yang di belakang mereka. Dan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmuNya melainkan dengan apa yang Dia kehendaki. KursiNya meliputi semua langit dan bumi, dan tidaklah Dia merasa penat memelihara keduanya. Dan Dia adalah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar)
12.7 Zikir Ketujuh
Al-Mu’awwizat
(1) Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha Esa (2) Allah yang bergantung segala sesuatu kepadaNya (3) Tidaklah Dia beroleh anak, dan tidaklah Dia dilahirkan (4) Dan tiadalah ada bagiNya yang serupa sesiapa pun”
(1) Katakanlah, “Aku berlindung dengan Tuhan waktu fajar (2) Dari kejahatan apa yang Dia ciptakan (3) Dan dari kejahatan bermulanya kegelapan apabila ia memasuki (4) Dan dari kejahatan orang perempuan yang meniup ke dalam ikatan (5) Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia berdengki”.
(1) Katakanlah, “Aku berlindung dengan Tuhan manusia (2) Raja manusia (3) Tuhan manusia (4) Dari kejahatan penggoda yang bersembunyi (5) Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia (6) Dari golongan jin dan manusia
12.8 Zikir Kelapan
12.8.1
12.8.2
12.8.3
12.8.4
Muat turun Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Ahad, 24 Jun 2012
Bacaan Dalam Solat - 9. Selawat
Disusun oleh Abu Haniff
9.1 Ucapan Pertama
(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan kepada ahli keluarganya, dan kepada para isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad, dan ahli keluarganya, dan para isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau berkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia)
9.2 Ucapan Kedua
(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Ibrahim, dan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia)
9.3 Ucapan Ketiga
(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berkati Ibrahim di semesta alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia)
9.4 Ucapan Keempat
(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, hambaMu dan juga rasulMu, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berkati Ibrahim)
9.5 Ucapan Kelima
(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan para isterinya serta zuriatnya, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, dan para isterinya serta zuriatnya, sebagaimana Engkau berkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia)
Muat turun Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Ahad, 22 April 2012
Bacaan Dalam Solat - 5. Iktidal
Disusun oleh Abu Haniff
5.1 Bacaan Pertama
(Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian)
5.2 Bacaan Kedua
(Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian)
5.3 Bacaan Ketiga
(Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian)
5.4 Bacaan Keempat
(Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian. Pujian-pujian yang banyak, yang baik, yang penuh berkah di dalamnya)
5.5 Bacaan Kelima
(Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu)
5.6 Bacaan Keenam
(Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu)
5.7 Bacaan Ketujuh
(Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi dan apa yang di antara keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu)
5.8 Bacaan Kelapan
(Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Yang paling wajar apa yang seorang hamba itu mengatakan, dan kesemua kami bagiMu adalah hamba, ‘Ya Allah, tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu)
5.9 Bacaan Kesembilan
(Bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu, bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu)
Muat turun: Bacaan Dalam Solat - 5. Iktidal
Rabu, 11 April 2012
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 3. Rukuk
Disusun oleh Abu Haniff
Hadis 3.1.1
Dari Huzaifah, bahawasanya dia pernah solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w., dan adalah Nabi s.a.w. mengucapkan di dalam rukuknya, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung”, dan di dalam sujudnya, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi”. Dan tidaklah dia melewati ayat rahmat melainkan dia berhenti padanya, lalu dia memohon. Dan tidaklah dia melewati ayat azab melainkan dia berhenti padanya, lalu dia memohon perlindungan. (Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i)
Hadis 3.1.2
Dari Huzaifah, dia berkata, “Aku pernah solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w. pada suatu malam, dan dia memulakan dengan surah Al-Baqarah. Aku berkata, ‘Dia akan rukuk pada ayat yang ke 100’. Kemudian dia melewatinya. Aku berkata, ‘Dia akan solat dengannya surah Al-Baqarah ini di dalam satu rakaat’. Tetapi dia melewatinya. Maka aku berkata, ‘Dia akan rukuk dengannya surah Al-Baqarah’.
Kemudian Nabi s.a.w. memulakan dengan surah An-Nisa', lalu dia membacanya. Kemudian Nabi s.a.w. memulakan dengan surah Ali Imran, lalu dia membacanya. Nabi s.a.w. membaca dengan tidak tergesa-gesa. Apabila dia melewati ayat-ayat yang terdapat di dalamnya tasbih, dia bertasbih. Dan apabila dia melewati ayat untuk memohon, dia memohon. Dan apabila dia melewati ayat ta’awwuz, dia berta’awwuz.
Kemudian Nabi s.a.w. rukuk, dan dia membaca, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ, yang bermaksud, ‘Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung’. Maka adalah rukuknya sama lama dengan berdirinya. Kemudian Nabi s.a.w. mengucapkan, سَمِعَ ﭐللهُ لِمَن حَمِدَهُ, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’. Kemudian Nabi s.a.w. berdiri dengan lamanya, hampir selama dengan rukuk.
Kemudian Nabi s.a.w. sujud, dan dia mengucapkan, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى, yang bermaksud, ‘Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi’. Maka adalah sujudnya hampir sama lamanya dengan berdirinya”. Perawi berkata: Dan di dalam hadis Jarir mengandungi penambahan, “Dan dia mengucapkan, ‘سَمِعَ ﭐللهُ لِمَن حَمِدَهُ، رَبَّنَا لَكَ ﭐلْحَمْدُ’ ”. (Muslim, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah)
Hadis 3.1.3
Dari Huzaifah Al-Yaman, bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. mengucapkan apabila dia rukuk, “سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ”, sebanyak 3 kali. Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan, “سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى”, sebanyak 3 kali. (Ibnu Majah, Abu Daud)
Hadis 3.2
Dari Qatadah, dari Mutorrif bin Abdullah bin Asy-Syukhair, bahawa Aisyah pernah memberitahu kepadanya, bahawa Rasulullah s.a.w., adalah dia mengucapkan di dalam rukuknya dan sujudnya, سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ ﭐلْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ, yang bermaksud, “Maha Mulia lagi Maha Qudus Tuhan para malaikat dan roh”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)
Hadis 3.3
Dari Aisyah r.a, dia berkata, “Adalah Nabi s.a.w., dia banyak mengucapkan di dalam rukuknya dan sujudnya, سُبْحَانَكَ ٱللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ أَللَّهُمَّ ٱغْفِرْلِي, yang bermaksud, ‘Maha Mulia Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan dengan pujianMu. Ya Allah, ampunilah aku’. Nabi s.a.w. menginterpretasikan Al-Quran”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ahmad)
Adapun yang dimaksudkan dengan Nabir menginterpretasikan Al-Quran ialah Nabi s.a.w. menginterpretasi dan mematuhi perintah Allah yang terdapat di dalam firmanNya di dalam ayat An-Nasr 110:3,
yang bermaksud, “Maka bertasbihlah dengan pujian Tuhanmu. Dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat”.
Hadis 3.4
Ibnu Juraij berkata, “Aku berkata kepada Atha’, ‘Bagaimanakah engkau ucapkan di dalam rukuk’. Dia berkata, ‘Adapun bacaannya ialah, ‘سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنتَ’ yang bermaksud: Maha Mulia Engkau dan dengan pujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau. Maka Ibnu Abi Mulaikah telah mengkhabarkan kepadaku dari Aisyah r.a, dia berkata, ‘Aku kehilangan Nabi s.a.w. pada suatu malam. Lalu aku beranggapan bahawa dia telah pergi kepada sebahagian dari isteri-isterinya.
Maka aku keluar menyiasat, kemudian aku kembali. Dan pada masa itu dia sedang rukuk atau sedang sujud, mengucapkan: سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنتَ. Aku berkata: Dengan ayahku, engkau, dan ibuku, sesungguhnya aku benar-benar di dalam satu kekhuatiran, sedangkan sesungguhnya engkau benar-benar di dalam keadaan selainnya’. (Muslim, An-Nasa’i)
Hadis 3.5
Dari Ali bin Abu Talib r.a, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir, kemudian dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak, lagi menyerah diri kepada Allah. Dan tidaklah aku dari kalangan orang-orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah.
Ya Allah, Engkaulah Yang Menguasai, tiadalah tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui akan dosaku. Maka ampunilah dosa-dosaku kesemuanya. Sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.
Dan berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang paling baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya melainkan Engkau. Dan hindarkanlah dariku yang buruknya. Tiadalah yang dapat menghindarkan diriku yang buruknya melainkan Engkau.
Di sini aku untuk berkhidmat kepadaMu dan untuk menyenangkan hatiMu. Dan kebaikan itu kesemuanya adalah di dalam tanganMu, dan keburukan itu tiada padaMu. Aku adalah menerusiMu dan kepadaMu. Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi Engkau. Aku memohon keampunan dariMu dan aku bertaubat kepadaMu’.
Dan apabila Rasulullah s.a.w. rukuk, dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu’.
Dan apabila Rasulullah s.a.w. bangkit, dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Allah mendengar kepada orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami, dan kepunyaanMulah puji-pujian itu, memenuhi segala langit dan bumi, dan memenuhi apa yang di antara keduanya, dan memenuhi apa yang Engkau kehendaki selepas itu’.
Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku sujud, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Wajahku bersujud kepada yang menjadikannya dan membentuknya, maka amat baik sekali bentuknya. Dan Dia membuka pendengaranku dan penglihatanku. Dan Maha Berkat Allah, yang terbaik dari segala pencipta-pencipta’.
Dan apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam solat, dia berdoa
yang bermaksud, ‘Ya Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau’ ”. (Abu Daud, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)
Hadis 3.6
Dari Jabir bin Abdullah, dari Nabi s.a.w., adalah apabila dia rukuk, dia mengucapkan,
yang bermaksud, “Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku, dan kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhanku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan darahku, dan dagingku, dan tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepada Tuhan semesta alam”. (An-Nasa’i)
Hadis 3.7
Dari Auf bin Malik Al-Asyja’i, dia berkata, “Aku pernah berdiri solat bersama-sama Rasulullah s.a.w. pada suatu malam. Maka dia berdiri, lalu dia membaca surah Al-Baqarah. Tidaklah dia melewati dengan suatu ayat rahmat melainkan dia berhenti lalu memohon, dan tidaklah dia melewati dengan suatu ayat azab melainkan dia berhenti lalu dia memohon perlindungan”. Auf bin Malik Al-Asyja’i berkata, “Kemudian dia rukuk dengan kadar sebagaimana berdirinya. Dia berkata di dalam rukuknya,
yang bermaksud, ‘Maha Mulia Yang memiliki Keperkasaan, dan Kuasa Memerintah, dan Keagungan, dan Kehebatan’.
Kemudian dia sujud dengan kadar sebagaimana berdirinya. Kemudian dia mengucapkan di dalam sujudnya seperti yang demikian itu. Kemudian dia berdiri lalu dia membaca Surah Ali Imran, kemudian dia membaca surah demi surah”. (Abu Daud. An-Nasa’i, Ahmad)
Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Ahad, 1 April 2012
Bacaan Dalam Solat - 3. Rukuk
Disusun oleh Abu Haniff
3.1 Doa Pertama
(Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung)
3.2 Doa Kedua
(Maha Mulia lagi Maha Qudus Tuhan para malaikat dan roh)
3.3 Doa Ketiga
(Maha Mulia Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan dengan pujianMu. Ya Allah, ampunilah aku)
3.4 Doa Keempat
(Maha Mulia Engkau dan dengan pujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau)
3.5 Doa Kelima
(Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu)
3.6 Doa Keenam
(Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku, dan kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhanku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan darahku, dan dagingku, dan tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepada Tuhan semesta alam)
3.7 Doa Ketujuh
(Maha Mulia Yang memiliki Keperkasaan, dan Kuasa Memerintah, dan Keagungan, dan Kehebatan)
Muat turun Bacaan Dalam Solat – 3. Rukuk
Sabtu, 24 Mac 2012
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 2. Bacaan Ta’awwuz
Disusun oleh Abu Haniff
Hadis 2.1
Dari Ibnu Jubair bin Mut’im, dari ayahnya, bahawasanya dia pernah melihat Rasulullah s.a.w. menunaikan suatu solat. (Perawi hadis ini, Amr, berkata, “Tidaklah aku mengetahui solat yang manakah ia”). Dan Rasulullah s.a.w. mengucapkan,
yang bermaksud, “Allah Maha Besar dengan hebatnya (3 kali). Dan puji-pujian itu adalah bagi Allah dengan bilangan yang banyak (3 kali). Dan Maha Mulia Allah di pagi hari dan di waktu petang (3 kali). Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, dari hembusannya yang kencang, dan ludahannya, dan bisikan-bisikan jahatnya”. Amr, perawi hadis, berkata, “ نَفْثِهِ itu ialah syair, نَفْخِهِ itu ialah kesombongan dan هَمْزِهِ itu ialah kegilaan”. (Abu Daud)
Hadis 2.2
Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat malam, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir. Kemudian dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Maha Mulia Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau, dan Maha Berkat namaMu, dan Maha Tinggi KemuliaanMu, dan tiadalah Tuhan selainMu’. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah - 3 kali. Allah Maha Besar dengan hebatnya - 3 kali. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dari bisikan-bisikan jahatnya, dan hembusannya yang kencang, dan ludahannya’ ”. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca Al-Fatihah. (Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Darami, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)
Hadis 2.3
Dari Ibnu Mas’ud r.a., dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., apabila dia memasuki solat, dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam, dari hembusannya yang kencang, dan bisikan-bisikan jahatnya, dan ludahannya’ ”). (Al-Baihaqi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ahmad)
Perhatian:
Adapun bacaan ta’awwuz dengan ucapan, أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ ﭐلشَّيْطَانِ ﭐلرَّجِيمِ, maka sesungguhnya tiada suatu hadis yang menyebutkan bahawa ucapan ta’awwuz sedemikian diucapkan ketika solat. Para ulama yang mengesyorkan ucapan ini, mereka bersandarkan pendapat mereka kepada firman Allah di dalam ayat An-Nahl 16:98,
yang bermaksud, “Dan apabila engkau membaca Al-Quran, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam”. Tetapi ayat ini sangat umum, dan tidak ada keterangan dari hadis sahih yang menunjukkan bahawa bacaan ta’awwuz ini diucapkan di dalam solat, melainkan ucapan ini yang mengandungi lafaz tambahan.
Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 2. Bacaan Ta’awwuz
Sabtu, 17 Mac 2012
Bacaan Dalam Solat - 2. Bacaan Ta’awwuz
2.1 Bacaan Pertama
(Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, dari hembusannya yang kencang, dan ludahannya, dan bisikan-bisikan jahatnya)
2.2 Bacaan Kedua
2.3 Bacaan Ketiga