Disusun oleh Abu Haniff
3.1 Doa Pertama
(Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung)
3.2 Doa Kedua
(Maha Mulia lagi Maha Qudus Tuhan para malaikat dan roh)
3.3 Doa Ketiga
(Maha Mulia Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan dengan pujianMu. Ya Allah, ampunilah aku)
3.4 Doa Keempat
(Maha Mulia Engkau dan dengan pujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau)
3.5 Doa Kelima
(Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu)
3.6 Doa Keenam
(Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku, dan kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhanku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan darahku, dan dagingku, dan tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepada Tuhan semesta alam)
3.7 Doa Ketujuh
(Maha Mulia Yang memiliki Keperkasaan, dan Kuasa Memerintah, dan Keagungan, dan Kehebatan)
Muat turun Bacaan Dalam Solat – 3. Rukuk
Assalaamualaikum wr wb.
BalasPadamYang mana satu kah paling baik untuk kita baca semasa rukuk?
Adakah susunan doa ini mengikut kronologi dalil?
Terima kasih banyak.
Wassalaam.
Waalaikumussalam wr wb.
BalasPadamDoa-doa ini adalah di antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Kita boleh mengamalkan mana-mana doa di atas dan tidak semestinya kepada satu doa sahaja...semuanya baik.
Susunan doa ini tidak mengikut kronologi dalil.