Disusun oleh Abu Haniff
(Allah mendengar orang yang memujiNya)
Hadis 4.1
Abu Hurairah r.a berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat, dia bertakbir apabila berdiri, kemudian dia bertakbir apabila rukuk, kemudian dia mengucapkan, سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, apabila dia menaikkan tulang belakangnya dari rukuk. Kemudian dia mengucapkan semasa dia sedang berdiri, ‘رَبَّنَا وَلَكَ ٱلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian’. Kemudian dia bertakbir apabila turun, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya, kemudian dia bertakbir apabila dia sujud, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya. Kemudian dia mengerjakan yang demikian itu di dalam solat keseluruhannya sehingga menyempurnakannya. Dan juga dia bertakbir apabila dia berdiri dari yang kedua setelah duduk”. (Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Al-Baihaqi)
Muat turun Bacaan Dalam Solat & Penjelasannya 4. Bangkit Dari Rukuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan