Ahad, 22 April 2012

Bacaan Dalam Solat - 5. Iktidal

Disusun oleh Abu Haniff

 

5.1 Bacaan Pertama

Iktidal_1

(Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian)

 

5.2 Bacaan Kedua

Iktidal_2

(Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian)

 

5.3 Bacaan Ketiga

Iktidal_3

(Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian)

 

5.4 Bacaan Keempat

Iktidal_4

(Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian. Pujian-pujian yang banyak, yang baik, yang penuh berkah di dalamnya)

 

5.5 Bacaan Kelima

Iktidal_5

(Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu)

 

5.6 Bacaan Keenam

Iktidal_6

(Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu)

 

5.7 Bacaan Ketujuh

Iktidal_7

(Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi dan apa yang di antara keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu)

 

5.8 Bacaan Kelapan

Iktidal_8

(Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Yang paling wajar apa yang seorang hamba itu mengatakan, dan kesemua kami bagiMu adalah hamba, ‘Ya Allah, tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu)

 

5.9 Bacaan Kesembilan

Iktidal_9

(Bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu, bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu)

 

Muat turun: Bacaan Dalam Solat - 5. Iktidal

Rabu, 11 April 2012

Bacaan Dalam Solat & Penjelasannya - 4. Bangkit Dari Rukuk

Disusun oleh Abu Haniff

 

BacaandanPenjelasan_Bangkit dr rukuk

(Allah mendengar orang yang memujiNya)

 

Hadis 4.1

Abu Hurairah r.a berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat, dia bertakbir apabila berdiri, kemudian dia bertakbir apabila rukuk, kemudian dia mengucapkan, سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, apabila dia menaikkan tulang belakangnya dari rukuk. Kemudian dia mengucapkan semasa dia sedang berdiri, ‘رَبَّنَا وَلَكَ ٱلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian’. Kemudian dia bertakbir apabila turun, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya, kemudian dia bertakbir apabila dia sujud, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya. Kemudian dia mengerjakan yang demikian itu di dalam solat keseluruhannya sehingga menyempurnakannya. Dan juga dia bertakbir apabila dia berdiri dari yang kedua setelah duduk”. (Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Al-Baihaqi)

Muat turun Bacaan Dalam Solat & Penjelasannya 4. Bangkit Dari Rukuk

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 3. Rukuk

Disusun oleh Abu Haniff

Hadis 3.1.1

Dari Huzaifah, bahawasanya dia pernah solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w., dan adalah Nabi s.a.w. mengucapkan di dalam rukuknya, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung”, dan di dalam sujudnya, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi”. Dan tidaklah dia melewati ayat rahmat melainkan dia berhenti padanya, lalu dia memohon. Dan tidaklah dia melewati ayat azab melainkan dia berhenti padanya, lalu dia memohon perlindungan. (Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i)

 

Hadis 3.1.2

Dari Huzaifah, dia berkata, “Aku pernah solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w. pada suatu malam, dan dia memulakan dengan surah Al-Baqarah. Aku berkata, ‘Dia akan rukuk pada ayat yang ke 100’. Kemudian dia melewatinya. Aku berkata, ‘Dia akan solat dengannya surah Al-Baqarah ini di dalam satu rakaat’. Tetapi dia melewatinya. Maka aku berkata, ‘Dia akan rukuk dengannya surah Al-Baqarah’.

Kemudian Nabi s.a.w. memulakan dengan surah An-Nisa', lalu dia membacanya. Kemudian Nabi s.a.w. memulakan dengan surah Ali Imran, lalu dia membacanya. Nabi s.a.w. membaca dengan tidak tergesa-gesa. Apabila dia melewati ayat-ayat yang terdapat di dalamnya tasbih, dia bertasbih. Dan apabila dia melewati ayat untuk memohon, dia memohon. Dan apabila dia melewati ayat ta’awwuz, dia berta’awwuz.

Kemudian Nabi s.a.w. rukuk, dan dia membaca, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ, yang bermaksud, ‘Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung’. Maka adalah rukuknya sama lama dengan berdirinya. Kemudian Nabi s.a.w. mengucapkan, سَمِعَ ﭐللهُ لِمَن حَمِدَهُ, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’. Kemudian Nabi s.a.w. berdiri dengan lamanya, hampir selama dengan rukuk.

Kemudian Nabi s.a.w. sujud, dan dia mengucapkan, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى, yang bermaksud, ‘Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi’. Maka adalah sujudnya hampir sama lamanya dengan berdirinya”. Perawi berkata: Dan di dalam hadis Jarir mengandungi penambahan, “Dan dia mengucapkan, ‘سَمِعَ ﭐللهُ لِمَن حَمِدَهُ، رَبَّنَا لَكَ ﭐلْحَمْدُ’ ”. (Muslim, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah)

 

Hadis 3.1.3

Dari Huzaifah Al-Yaman, bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. mengucapkan apabila dia rukuk, “سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ”, sebanyak 3 kali. Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan, “سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى”, sebanyak 3 kali. (Ibnu Majah, Abu Daud)

 

Hadis 3.2

Dari Qatadah, dari Mutorrif bin Abdullah bin Asy-Syukhair, bahawa Aisyah pernah memberitahu kepadanya, bahawa Rasulullah s.a.w., adalah dia mengucapkan di dalam rukuknya dan sujudnya, سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ ﭐلْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ, yang bermaksud, “Maha Mulia lagi Maha Qudus Tuhan para malaikat dan roh”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)

 

Hadis 3.3

Dari Aisyah r.a, dia berkata, “Adalah Nabi s.a.w., dia banyak mengucapkan di dalam rukuknya dan sujudnya, سُبْحَانَكَ ٱللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ أَللَّهُمَّ ٱغْفِرْلِي, yang bermaksud, ‘Maha Mulia Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan dengan pujianMu. Ya Allah, ampunilah aku’. Nabi s.a.w. menginterpretasikan Al-Quran”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ahmad)

Adapun yang dimaksudkan dengan Nabir menginterpretasikan Al-Quran ialah Nabi s.a.w. menginterpretasi dan mematuhi perintah Allah yang terdapat di dalam firmanNya di dalam ayat An-Nasr 110:3, PRukuk1

yang bermaksud, “Maka bertasbihlah dengan pujian Tuhanmu. Dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat”.

 

Hadis 3.4

Ibnu Juraij berkata, “Aku berkata kepada Atha’, ‘Bagaimanakah engkau ucapkan di dalam rukuk’. Dia berkata, ‘Adapun bacaannya ialah, ‘سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنتَ’ yang bermaksud: Maha Mulia Engkau dan dengan pujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau. Maka Ibnu Abi Mulaikah telah mengkhabarkan kepadaku dari Aisyah r.a, dia berkata, ‘Aku kehilangan Nabi s.a.w. pada suatu malam. Lalu aku beranggapan bahawa dia telah pergi kepada sebahagian dari isteri-isterinya.

Maka aku keluar menyiasat, kemudian aku kembali. Dan pada masa itu dia sedang rukuk atau sedang sujud, mengucapkan: سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنتَ. Aku berkata: Dengan ayahku, engkau, dan ibuku, sesungguhnya aku benar-benar di dalam satu kekhuatiran, sedangkan sesungguhnya engkau benar-benar di dalam keadaan selainnya’. (Muslim, An-Nasa’i)

 

Hadis 3.5

Dari Ali bin Abu Talib r.a, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir, kemudian dia mengucapkan,

PRukuk2PRukuk3

yang bermaksud, ‘Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak, lagi menyerah diri kepada Allah. Dan tidaklah aku dari kalangan orang-orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah.

Ya Allah, Engkaulah Yang Menguasai, tiadalah tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui akan dosaku. Maka ampunilah dosa-dosaku kesemuanya. Sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.

Dan berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang paling baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya melainkan Engkau. Dan hindarkanlah dariku yang buruknya. Tiadalah yang dapat menghindarkan diriku yang buruknya melainkan Engkau.

Di sini aku untuk berkhidmat kepadaMu dan untuk menyenangkan hatiMu. Dan kebaikan itu kesemuanya adalah di dalam tanganMu, dan keburukan itu tiada padaMu. Aku adalah menerusiMu dan kepadaMu. Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi Engkau. Aku memohon keampunan dariMu dan aku bertaubat kepadaMu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. rukuk, dia mengucapkan,

PRukuk4

yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. bangkit, dia mengucapkan,

PRukuk5

yang bermaksud, ‘Allah mendengar kepada orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami, dan kepunyaanMulah puji-pujian itu, memenuhi segala langit dan bumi, dan memenuhi apa yang di antara keduanya, dan memenuhi apa yang Engkau kehendaki selepas itu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan,

PRukuk6

yang bermaksud, Ya Allah, kepadaMu aku sujud, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Wajahku bersujud kepada yang menjadikannya dan membentuknya, maka amat baik sekali bentuknya. Dan Dia membuka pendengaranku dan penglihatanku. Dan Maha Berkat Allah, yang terbaik dari segala pencipta-pencipta’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam solat, dia berdoa

PRukuk7

yang bermaksud, Ya Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau’ ”. (Abu Daud, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)

 

Hadis 3.6

Dari Jabir bin Abdullah, dari Nabi s.a.w., adalah apabila dia rukuk, dia mengucapkan,

PRukuk8

yang bermaksud, “Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku, dan kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhanku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan darahku, dan dagingku, dan tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepada Tuhan semesta alam”. (An-Nasa’i)

 

Hadis 3.7

Dari Auf bin Malik Al-Asyja’i, dia berkata, “Aku pernah berdiri solat bersama-sama Rasulullah s.a.w. pada suatu malam. Maka dia berdiri, lalu dia membaca surah Al-Baqarah. Tidaklah dia melewati dengan suatu ayat rahmat melainkan dia berhenti lalu memohon, dan tidaklah dia melewati dengan suatu ayat azab melainkan dia berhenti lalu dia memohon perlindungan”. Auf bin Malik Al-Asyja’i berkata, “Kemudian dia rukuk dengan kadar sebagaimana berdirinya. Dia berkata di dalam rukuknya,

PRukuk9 

yang bermaksud, ‘Maha Mulia Yang memiliki Keperkasaan, dan Kuasa Memerintah, dan Keagungan, dan Kehebatan’.

Kemudian dia sujud dengan kadar sebagaimana berdirinya. Kemudian dia mengucapkan di dalam sujudnya seperti yang demikian itu. Kemudian dia berdiri lalu dia membaca Surah Ali Imran, kemudian dia membaca surah demi surah”. (Abu Daud. An-Nasa’i, Ahmad)

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk

Ahad, 1 April 2012

Bacaan Dalam Solat - 3. Rukuk

Disusun oleh Abu Haniff

 

3.1 Doa Pertama

Rukuk1

(Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung)

 

3.2 Doa Kedua

Rukuk2

(Maha Mulia lagi Maha Qudus Tuhan para malaikat dan roh)

 

3.3 Doa Ketiga

Rukuk3

(Maha Mulia Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan dengan pujianMu. Ya Allah, ampunilah aku)

 

3.4 Doa Keempat

Rukuk4

(Maha Mulia Engkau dan dengan pujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau)

 

3.5 Doa Kelima

Rukuk5

(Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu)

 

3.6 Doa Keenam

Rukuk6

(Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku, dan kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhanku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan darahku, dan dagingku, dan tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepada Tuhan semesta alam)

 

3.7 Doa Ketujuh

Rukuk7

(Maha Mulia Yang memiliki Keperkasaan, dan Kuasa Memerintah, dan Keagungan, dan Kehebatan)

Muat turun Bacaan Dalam Solat – 3. Rukuk

Sabtu, 24 Mac 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 2. Bacaan Ta’awwuz

Disusun oleh Abu Haniff

Hadis 2.1

Dari Ibnu Jubair bin Mut’im, dari ayahnya, bahawasanya dia pernah melihat Rasulullah s.a.w.  menunaikan suatu solat. (Perawi hadis ini, Amr, berkata, “Tidaklah aku mengetahui solat yang manakah ia”). Dan Rasulullah s.a.w. mengucapkan,

120320-01a 

yang bermaksud, “Allah Maha Besar dengan hebatnya (3 kali). Dan puji-pujian itu adalah bagi Allah dengan bilangan yang banyak (3 kali). Dan Maha Mulia Allah di pagi hari dan di waktu petang (3 kali). Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, dari hembusannya yang kencang, dan ludahannya, dan bisikan-bisikan jahatnya”. Amr, perawi hadis, berkata, “ نَفْثِهِ itu ialah syair, نَفْخِهِ itu ialah kesombongan dan هَمْزِهِ itu ialah kegilaan”. (Abu Daud)

 

Hadis 2.2

Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat malam, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir. Kemudian dia mengucapkan,

120320-02a

yang bermaksud, ‘Maha Mulia Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau, dan Maha Berkat namaMu, dan Maha Tinggi KemuliaanMu, dan tiadalah Tuhan selainMu’. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengucapkan,

120322-01

yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah - 3 kali. Allah Maha Besar dengan hebatnya - 3 kali. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dari bisikan-bisikan jahatnya, dan hembusannya yang kencang, dan ludahannya’ ”. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca Al-Fatihah. (Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Darami, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)

 

Hadis 2.3

Dari Ibnu Mas’ud r.a., dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., apabila dia memasuki solat, dia mengucapkan,

120322-02

yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam, dari hembusannya yang kencang, dan bisikan-bisikan jahatnya, dan ludahannya’ ”). (Al-Baihaqi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ahmad)

 

Perhatian:

Adapun bacaan ta’awwuz dengan ucapan, أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ ﭐلشَّيْطَانِ ﭐلرَّجِيمِ‏, maka sesungguhnya tiada suatu hadis yang menyebutkan bahawa ucapan ta’awwuz sedemikian diucapkan ketika solat. Para ulama yang mengesyorkan ucapan ini, mereka bersandarkan pendapat mereka kepada firman Allah di dalam ayat An-Nahl 16:98,

120324-01a

yang bermaksud, “Dan apabila engkau membaca Al-Quran, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam”. Tetapi ayat ini sangat umum, dan tidak ada keterangan dari hadis sahih yang menunjukkan bahawa bacaan ta’awwuz ini diucapkan di dalam solat, melainkan ucapan ini yang mengandungi lafaz tambahan.

Muat turun Penjelasan Bacaan  Dalam Solat - 2. Bacaan Ta’awwuz

Sabtu, 17 Mac 2012

Bacaan Dalam Solat - 2. Bacaan Ta’awwuz

Disusun oleh Abu Haniff

2.1 Bacaan Pertama

120317-01a

(Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, dari hembusannya yang kencang, dan ludahannya, dan bisikan-bisikan jahatnya)
 

2.2 Bacaan Kedua

120317-02
(Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dari bisikan-bisikan jahatnya, dan hembusannya yang kencang, dan ludahannya)
 
 
2.3 Bacaan Ketiga
120317-03
(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam, dari hembusannya yang kencang, dan bisikan-bisikan jahatnya, dan ludahannya)

Jumaat, 9 Mac 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat – 1. Doa Iftitah

Disusun oleh Abu Haniff
 
Hadis 1.1

Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir di dalam solat, dia diam untuk seketika sebelum bahawa dia membaca (Al-Fatihah). Maka aku berkata, ‘Wahai Rasulullah s.a.w., demi ayahku, engkau dan ibuku, aku telah melihat diamnya engkau di antara takbir dan pembacaan (Al-Fatihah), apakah yang engkau ucapkan’. Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Aku mengucapkan,
01
yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah satu jarak berselang di antaraku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau jadikan satu jarak berselang di antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana kain putih dibersihkan dari kekotoran. Ya Allah, cucikanlah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan air, dan salji, dan hujan air batu’ ”. (Jamaah kecuali At-Tirmizi. Lafaz Muslim).
 
 

Hadis 1.2

Dari Ali bin Abu Talib r.a., dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir, kemudian dia mengucapkan,

02a
yang bermaksud, ‘Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak, lagi menyerah diri kepada Allah.
 
Dan tidaklah aku dari kalangan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya.
 
Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah. Ya Allah, Engkaulah Yang Menguasai, tiadalah tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hambaMu.
 
Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui akan dosaku. Maka ampunilah dosa-dosaku kesemuanya. Sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.
 
Dan berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang paling baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya melainkan Engkau. Dan hindarkanlah dariku yang buruknya. Tiadalah yang dapat menghindarkan diriku yang buruknya melainkan Engkau.
 
Di sini aku untuk berkhidmat kepadaMu dan untuk menyenangkan hatiMu. Dan kebaikan itu kesemuanya adalah di dalam tanganMu, dan keburukan itu tiada padaMu. Aku adalah menerusiMu dan kepadaMu. Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi Engkau. Aku memohon keampunan dariMu dan aku bertaubat kepadaMu’.
 
Dan apabila Rasulullah s.a.w. rukuk, dia mengucapkan,
120309-01
yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu’.
 
Dan apabila Rasulullah s.a.w. bangkit, dia mengucapkan,120309-02yang bermaksud, Allah mendengar kepada orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami, dan kepunyaanMulah puji-pujian itu, memenuhi segala langit dan bumi, dan memenuhi apa yang di antara keduanya, dan memenuhi apa yang Engkau kehendaki selepas itu’.
Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan,
120309-03
yang bermaksud, Ya Allah, kepadaMu aku sujud, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Wajahku bersujud kepada yang menjadikannya dan membentuknya, maka amat baik sekali bentuknya. Dan Dia membuka pendengaranku dan penglihatanku. Dan Maha Berkat Allah, yang terbaik dari segala pencipta-pencipta’.
 
Dan apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam solat, dia berdoa
120309-04
yang bermaksud, Ya Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau’ ”. (Abu Daud, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)
 
 

Hadis 1.3

Dari Muhammad bin Maslamah, bahawasanya Rasulullah s.a.w., adalah apabila dia berdiri solat sunat, dia mengucapkan,120310-01yang bermaksud, “Allah Maha Besar. Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak, dan tidaklah aku dari kalangan orang-orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah.
 
Ya Allah, Engkaulah Yang Menguasai, tiadalah tuhan melainkan Engkau. Maha Mulia Engkau dan Maha Terpuji Engkau”.
Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca Al-Fatihah. (An-Nasa’i)
 
 
Hadis 1.4
 
Dari Jabir bin Abdullah, dia mengatakan, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia memulakan solat, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir. Kemudian dia mengucapkan,
120310-02yang bermaksud, ‘Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah.
 
Ya Allah, berikanlah kepadaku kepada amalan-amalan yang paling baik dan akhlak yang paling baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya melainkan Engkau. Dan peliharakanlah aku dari keburukan amalan dan keburukan akhlak. Tiadalah yang dapat memelihara keburukan keduanya melainkan Engkau’ ”. (An-Nasa’i, Ad-Daraqutni)

 
Hadis 1.5

Dari Abu Said, bahawasanya Nabi s.a.w., adalah apabila dia memulakan solat, dia mengucapkan,

120310-03
yang bermaksud, “Maha Mulia Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau, dan Maha Berkat namaMu, dan Maha Tinggi KemuliaanMu, dan tiadalah Tuhan selainMu”. (An-Nasa’i, Abu Daud dan Al-Hakim)
 
 
Hadis 1.6
 
Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat malam, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir. Kemudian dia mengucapkan,
120310-04yang bermaksud, ‘Maha Mulia Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau, dan Maha Berkat namaMu, dan Maha Tinggi KemuliaanMu, dan tiadalah Tuhan selainMu’.
 
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengucapkan,
120310-05
yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah - 3 kali. Allah Maha Besar dengan hebatnya - 3 kali. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dari bisikan-bisikan jahatnya, dan hembusannya yang kencang, dan ludahannya’.
 
Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca Al-Fatihah”. (Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Darami, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)  

Hadis 1.7

Dari Ibnu Umar, dia berkata, “Semasa kami sedang solat bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan jamaah mengucapkan,
120310-06yang bermaksud, ‘Allah Maha Besar dengan hebatnya. Dan puji-pujian itu adalah bagi Allah dengan bilangan yang banyak. Dan Maha Mulia Allah di pagi hari dan di waktu petang’.
 
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Siapakah orang yang mengucapkan kalimat sekian sekian’. Lelaki dari kalangan jamaah itu berkata, ‘Saya wahai Rasulullah s.a.w.’. Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Aku merasa takjub terhadapnya, kerana dibukakan baginya pintu-pintu langit’ ”. Ibnu Umar berkata, “Maka tidaklah aku meninggalkan kalimat tersebut semenjak aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang sedemikian”. (Muslim)

 

Hadis 1.8

Dari Anas, bahawa seorang lelaki datang, lalu ia masuk saf, sedangkan ia tercungap-cungap, dan ia mengucapkan,

120310-07

yang bermaksud, “Puji-pujian itu adalah bagi Allah sebagai pujian dengan bilangan yang banyak, yang baik, yang diberkati padanya”.
 
Maka setelah Rasulullah s.a.w. meyelesaikan solatnya, dia bersabda, “Siapakah di antara kamu orang yang mengucapkan kalimah-kalimah itu”. Maka semua orang diam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, “Siapakah di antara kamu orang yang mengucapkannya. Maka sesungguhnya tidaklah yang ia katakan itu menjadi satu kesalahan”.
 
Lalu seorang lelaki berkata, “Saya datang dengan tercungap-tercungap, lalu saya mengucapkannya”.Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya aku melihat 12 malaikat bergegas-gegas kepadanya, siapakah di antara mereka yang akan mengangkatnya”. (Muslim, Abu Daud)
 

 
Hadis 1.9


Dari Tawus, dia mendengar Ibnu Abbas r.a. berkata, “Adalah Nabi s.a.w. apabila dia bangun di malam hari, dia solat tahajud. Rasulullah s.a.w. mengucapkan,

120310-08a
120310-08b
yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepunyaanMulah puji-pujian itu. Engkau adalah Pengawas segala langit dan bumi dan apa yang ada padanya. Dan kepunyaanMulah puji-pujian itu. Engkau adalah cahaya segala langit dan bumi dan apa yang ada padanya. Dan kepunyaanMulah puji-pujian itu. Engkau adalah Yang Menguasai segala langit dan bumi.
 
Dan kepunyaanMulah puji-pujian itu. Engkau adalah Al-Hak, dan janjiMu adalah benar, dan pertemuan denganMu adalah benar, dan perkataanMu adalah benar, dan syurga itu adalah benar, dan neraka itu adalah benar, dan para nabi itu adalah benar, dan Muhammadr adalah benar, dan hari kiamat itu adalah adalah benar.
 
Ya Allah, kepadaMulah aku menyerah diri, dan denganMulah aku beriman, dan kepadaMulah aku bertawakal, dan kepadaMulah aku bertaubat serta beralih. Dan keranaMulah aku berbantah, dan kepadaMulah aku berhakim.
 
Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau - atau tiadalah Tuhan selainMu’ ”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Darimi). Lafaz hadis dari Sahih Al-Bukhari.
 
 
Hadis 1.10
 
Abu Salamah bin Abdul Rahman bin Auf berkata, “Aku menyoal Umul Mukminin, Aisyah r.a., ‘Dengan yang mana satukah Nabi s.a.w. memulakan solatnya apabila dia bangun di malam hari’. Aisyah r.a. menjawab, ‘Adalah apabila dia bangun di malam hari, dia memulakan solatnya dengan membaca.
120310-09
yang bermaksud: Ya Allah, Tuhan Jibril, dan Mikail, dan Israfil. Dia menciptakan segala langit dan bumi. Dia mengetahui yang ghaib dan yang dinampakkan. Engkau mengadili hamba-hambaMu tentang apa yang padanya mereka berselisih pendapat. Berikanlah petunjuk kepadaku dengan izinMu mengapa ia berselisih pendapat daripada yang hak. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada barang siapa yang Engkau kehendaki kepada jalan yang lurus’ ”. (Muslim)
 
 
Hadis 1.11
 
Dari Asim bin Humaid, dia berkata, “Aku pernah bertanya Aisyah r.a., ‘Dengan apakah Rasulullah s.a.w. memulai qiamullail’. Lalu dia berkata, ‘Sesungguhnya engkau menyoal aku dengan sesuatu yang tiada seseorang pun menyoal aku sebelum engkau. Adalah apabila dia berdiri dia bertakbir sebanyak 10 kali, dan dia memuji Allah sebanyak 10 kali, dan dia memuliakan Allah sebanyak 10 kali, dan dia bertahlil sebanyak 10 kali, dan dan memohon ampun sebanyak 10 kali, dan dia mengucapkan,120310-10 
 
 
 
yang bermaksud: Ya Allah, ampunilah aku, dan berikanlan petunjuk kepadaku, dan berikanlah rezeki kepadaku, dan jadikanlah aku sihat, sebanyak 10 kali, dan dia memohon perlindungan dari kesusahan pada hari kiamat sebanyak 10 kali’ ”. (Abu Daud, Ahmad, At-Tabrani)

 

Hadis 1.12

Dari Ibnu Jubair bin Mut’im, dari ayahnya, bahawasanya dia pernah melihat Rasulullah s.a.w. menunaikan suatu solat. (Perawi hadis ini, Amr, berkata, “Tidaklah aku mengetahui solat yang manakah ia”). Dan Rasulullah s.a.w. mengucapkan,
120310-11
yang bermaksud, “Allah Maha Besar dengan hebatnya (3 kali). Dan puji-pujian itu adalah bagi Allah dengan bilangan yang banyak (3 kali). Dan Maha Mulia Allah di pagi hari dan di waktu petang (3 kali). Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dari hembusannya yang kencang, dan ludahannya, dan bisikan-bisikan jahatnya”. Amr, perawi hadis, berkata, “ نَفْثِهِ itu ialah syair, نَفْخِهِ itu ialah kesombongan dan هَمْزِهِ itu ialah kegilaan”. (Abu Daud)
 
 
Hadis 1.13
 
Dari Huzaifah, bahawasanya dia pernah melihat Rasulullah s.a.w. solat malam, maka adalah Rasulullah s.a.w. mengucapkan, اَللهُ أَكْبَرُ tiga kali, ذُوﭐلْمَلَكُوتِ وَﭐلْجَبَرُوتِ وَﭐلْكِبْرِيَاءِ وَﭐلْعَظَمَةِ, yang bermaksud, “Pemilik segala Kuasa memerintah, dan segala keperkasaan, dan segala kebesaran, dan segala keagungan”.
 
Kemudian dia memulakan solat dan dia membaca surah Al-Baqarah. Kemudian dia rukuk, dan adalah rukuknya sama lama dengan berdirinya, dan adalah dia membaca di dalam rukuknya, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ، سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung, Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung”.
 
Kemudian dia mengangkat kepalanya dari rukuk, dan adalah berdirinya sama lama dengan rukuknya. Dia mengucapkan,    لِرَبِّيَ ﭐلْحَمْدُ, yang bermaksud, “Kepunyaan Tuhanku segala pujian itu’”.
 
Kemudian dia sujud, dan adalah sujudnya sama lama dengan berdirinya, dan dia mengucapkan di dalam sujudnya,   سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأعْلَى, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi”.
 
Kemudian dia mengangkat kepalanya dari sujud, dan adalah duduk di antara dua sujud sama lama dengan sujudnya, dan dia mengucapkan, رَبِّ اغْفِرْ لِيْ، رَبِّ اغْفِرْ لِي, yang bermaksud, “Tuhanku ampunilah aku, Tuhanku ampunilah aku.
 
Dan dia solat empat rakaat, dan dia di dalamnya surah Al-Baqarah, dan surah Ali Imran, dan surah An-Nisa', dan surah Al-Ma'idah, atau surah Al-An'am. Perawi Syu’bah ragu-ragu. (Abu Daud, Al-Baihaqi, An-Nasa’i, Ahmad)