Ahad, 22 April 2012

Bacaan Dalam Solat - 5. Iktidal

Disusun oleh Abu Haniff

 

5.1 Bacaan Pertama

Iktidal_1

(Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian)

 

5.2 Bacaan Kedua

Iktidal_2

(Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian)

 

5.3 Bacaan Ketiga

Iktidal_3

(Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian)

 

5.4 Bacaan Keempat

Iktidal_4

(Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian. Pujian-pujian yang banyak, yang baik, yang penuh berkah di dalamnya)

 

5.5 Bacaan Kelima

Iktidal_5

(Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu)

 

5.6 Bacaan Keenam

Iktidal_6

(Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu)

 

5.7 Bacaan Ketujuh

Iktidal_7

(Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi dan apa yang di antara keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu)

 

5.8 Bacaan Kelapan

Iktidal_8

(Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Yang paling wajar apa yang seorang hamba itu mengatakan, dan kesemua kami bagiMu adalah hamba, ‘Ya Allah, tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu)

 

5.9 Bacaan Kesembilan

Iktidal_9

(Bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu, bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu)

 

Muat turun: Bacaan Dalam Solat - 5. Iktidal

Rabu, 11 April 2012

Bacaan Dalam Solat & Penjelasannya - 4. Bangkit Dari Rukuk

Disusun oleh Abu Haniff

 

BacaandanPenjelasan_Bangkit dr rukuk

(Allah mendengar orang yang memujiNya)

 

Hadis 4.1

Abu Hurairah r.a berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat, dia bertakbir apabila berdiri, kemudian dia bertakbir apabila rukuk, kemudian dia mengucapkan, سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, apabila dia menaikkan tulang belakangnya dari rukuk. Kemudian dia mengucapkan semasa dia sedang berdiri, ‘رَبَّنَا وَلَكَ ٱلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian’. Kemudian dia bertakbir apabila turun, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya, kemudian dia bertakbir apabila dia sujud, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya. Kemudian dia mengerjakan yang demikian itu di dalam solat keseluruhannya sehingga menyempurnakannya. Dan juga dia bertakbir apabila dia berdiri dari yang kedua setelah duduk”. (Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Al-Baihaqi)

Muat turun Bacaan Dalam Solat & Penjelasannya 4. Bangkit Dari Rukuk

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 3. Rukuk

Disusun oleh Abu Haniff

Hadis 3.1.1

Dari Huzaifah, bahawasanya dia pernah solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w., dan adalah Nabi s.a.w. mengucapkan di dalam rukuknya, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung”, dan di dalam sujudnya, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى, yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi”. Dan tidaklah dia melewati ayat rahmat melainkan dia berhenti padanya, lalu dia memohon. Dan tidaklah dia melewati ayat azab melainkan dia berhenti padanya, lalu dia memohon perlindungan. (Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i)

 

Hadis 3.1.2

Dari Huzaifah, dia berkata, “Aku pernah solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w. pada suatu malam, dan dia memulakan dengan surah Al-Baqarah. Aku berkata, ‘Dia akan rukuk pada ayat yang ke 100’. Kemudian dia melewatinya. Aku berkata, ‘Dia akan solat dengannya surah Al-Baqarah ini di dalam satu rakaat’. Tetapi dia melewatinya. Maka aku berkata, ‘Dia akan rukuk dengannya surah Al-Baqarah’.

Kemudian Nabi s.a.w. memulakan dengan surah An-Nisa', lalu dia membacanya. Kemudian Nabi s.a.w. memulakan dengan surah Ali Imran, lalu dia membacanya. Nabi s.a.w. membaca dengan tidak tergesa-gesa. Apabila dia melewati ayat-ayat yang terdapat di dalamnya tasbih, dia bertasbih. Dan apabila dia melewati ayat untuk memohon, dia memohon. Dan apabila dia melewati ayat ta’awwuz, dia berta’awwuz.

Kemudian Nabi s.a.w. rukuk, dan dia membaca, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ, yang bermaksud, ‘Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung’. Maka adalah rukuknya sama lama dengan berdirinya. Kemudian Nabi s.a.w. mengucapkan, سَمِعَ ﭐللهُ لِمَن حَمِدَهُ, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’. Kemudian Nabi s.a.w. berdiri dengan lamanya, hampir selama dengan rukuk.

Kemudian Nabi s.a.w. sujud, dan dia mengucapkan, سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى, yang bermaksud, ‘Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi’. Maka adalah sujudnya hampir sama lamanya dengan berdirinya”. Perawi berkata: Dan di dalam hadis Jarir mengandungi penambahan, “Dan dia mengucapkan, ‘سَمِعَ ﭐللهُ لِمَن حَمِدَهُ، رَبَّنَا لَكَ ﭐلْحَمْدُ’ ”. (Muslim, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah)

 

Hadis 3.1.3

Dari Huzaifah Al-Yaman, bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. mengucapkan apabila dia rukuk, “سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ”, sebanyak 3 kali. Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan, “سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى”, sebanyak 3 kali. (Ibnu Majah, Abu Daud)

 

Hadis 3.2

Dari Qatadah, dari Mutorrif bin Abdullah bin Asy-Syukhair, bahawa Aisyah pernah memberitahu kepadanya, bahawa Rasulullah s.a.w., adalah dia mengucapkan di dalam rukuknya dan sujudnya, سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ ﭐلْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ, yang bermaksud, “Maha Mulia lagi Maha Qudus Tuhan para malaikat dan roh”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)

 

Hadis 3.3

Dari Aisyah r.a, dia berkata, “Adalah Nabi s.a.w., dia banyak mengucapkan di dalam rukuknya dan sujudnya, سُبْحَانَكَ ٱللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ أَللَّهُمَّ ٱغْفِرْلِي, yang bermaksud, ‘Maha Mulia Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan dengan pujianMu. Ya Allah, ampunilah aku’. Nabi s.a.w. menginterpretasikan Al-Quran”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ahmad)

Adapun yang dimaksudkan dengan Nabir menginterpretasikan Al-Quran ialah Nabi s.a.w. menginterpretasi dan mematuhi perintah Allah yang terdapat di dalam firmanNya di dalam ayat An-Nasr 110:3, PRukuk1

yang bermaksud, “Maka bertasbihlah dengan pujian Tuhanmu. Dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat”.

 

Hadis 3.4

Ibnu Juraij berkata, “Aku berkata kepada Atha’, ‘Bagaimanakah engkau ucapkan di dalam rukuk’. Dia berkata, ‘Adapun bacaannya ialah, ‘سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنتَ’ yang bermaksud: Maha Mulia Engkau dan dengan pujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau. Maka Ibnu Abi Mulaikah telah mengkhabarkan kepadaku dari Aisyah r.a, dia berkata, ‘Aku kehilangan Nabi s.a.w. pada suatu malam. Lalu aku beranggapan bahawa dia telah pergi kepada sebahagian dari isteri-isterinya.

Maka aku keluar menyiasat, kemudian aku kembali. Dan pada masa itu dia sedang rukuk atau sedang sujud, mengucapkan: سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنتَ. Aku berkata: Dengan ayahku, engkau, dan ibuku, sesungguhnya aku benar-benar di dalam satu kekhuatiran, sedangkan sesungguhnya engkau benar-benar di dalam keadaan selainnya’. (Muslim, An-Nasa’i)

 

Hadis 3.5

Dari Ali bin Abu Talib r.a, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir, kemudian dia mengucapkan,

PRukuk2PRukuk3

yang bermaksud, ‘Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak, lagi menyerah diri kepada Allah. Dan tidaklah aku dari kalangan orang-orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah.

Ya Allah, Engkaulah Yang Menguasai, tiadalah tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui akan dosaku. Maka ampunilah dosa-dosaku kesemuanya. Sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.

Dan berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang paling baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya melainkan Engkau. Dan hindarkanlah dariku yang buruknya. Tiadalah yang dapat menghindarkan diriku yang buruknya melainkan Engkau.

Di sini aku untuk berkhidmat kepadaMu dan untuk menyenangkan hatiMu. Dan kebaikan itu kesemuanya adalah di dalam tanganMu, dan keburukan itu tiada padaMu. Aku adalah menerusiMu dan kepadaMu. Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi Engkau. Aku memohon keampunan dariMu dan aku bertaubat kepadaMu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. rukuk, dia mengucapkan,

PRukuk4

yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. bangkit, dia mengucapkan,

PRukuk5

yang bermaksud, ‘Allah mendengar kepada orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami, dan kepunyaanMulah puji-pujian itu, memenuhi segala langit dan bumi, dan memenuhi apa yang di antara keduanya, dan memenuhi apa yang Engkau kehendaki selepas itu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan,

PRukuk6

yang bermaksud, Ya Allah, kepadaMu aku sujud, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Wajahku bersujud kepada yang menjadikannya dan membentuknya, maka amat baik sekali bentuknya. Dan Dia membuka pendengaranku dan penglihatanku. Dan Maha Berkat Allah, yang terbaik dari segala pencipta-pencipta’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam solat, dia berdoa

PRukuk7

yang bermaksud, Ya Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau’ ”. (Abu Daud, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)

 

Hadis 3.6

Dari Jabir bin Abdullah, dari Nabi s.a.w., adalah apabila dia rukuk, dia mengucapkan,

PRukuk8

yang bermaksud, “Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku, dan kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhanku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan darahku, dan dagingku, dan tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepada Tuhan semesta alam”. (An-Nasa’i)

 

Hadis 3.7

Dari Auf bin Malik Al-Asyja’i, dia berkata, “Aku pernah berdiri solat bersama-sama Rasulullah s.a.w. pada suatu malam. Maka dia berdiri, lalu dia membaca surah Al-Baqarah. Tidaklah dia melewati dengan suatu ayat rahmat melainkan dia berhenti lalu memohon, dan tidaklah dia melewati dengan suatu ayat azab melainkan dia berhenti lalu dia memohon perlindungan”. Auf bin Malik Al-Asyja’i berkata, “Kemudian dia rukuk dengan kadar sebagaimana berdirinya. Dia berkata di dalam rukuknya,

PRukuk9 

yang bermaksud, ‘Maha Mulia Yang memiliki Keperkasaan, dan Kuasa Memerintah, dan Keagungan, dan Kehebatan’.

Kemudian dia sujud dengan kadar sebagaimana berdirinya. Kemudian dia mengucapkan di dalam sujudnya seperti yang demikian itu. Kemudian dia berdiri lalu dia membaca Surah Ali Imran, kemudian dia membaca surah demi surah”. (Abu Daud. An-Nasa’i, Ahmad)

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk

Ahad, 1 April 2012

Bacaan Dalam Solat - 3. Rukuk

Disusun oleh Abu Haniff

 

3.1 Doa Pertama

Rukuk1

(Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung)

 

3.2 Doa Kedua

Rukuk2

(Maha Mulia lagi Maha Qudus Tuhan para malaikat dan roh)

 

3.3 Doa Ketiga

Rukuk3

(Maha Mulia Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan dengan pujianMu. Ya Allah, ampunilah aku)

 

3.4 Doa Keempat

Rukuk4

(Maha Mulia Engkau dan dengan pujianMu, tiada Tuhan melainkan Engkau)

 

3.5 Doa Kelima

Rukuk5

(Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu)

 

3.6 Doa Keenam

Rukuk6

(Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku, dan kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhanku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan darahku, dan dagingku, dan tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepada Tuhan semesta alam)

 

3.7 Doa Ketujuh

Rukuk7

(Maha Mulia Yang memiliki Keperkasaan, dan Kuasa Memerintah, dan Keagungan, dan Kehebatan)

Muat turun Bacaan Dalam Solat – 3. Rukuk