Disusun oleh Abu Haniff
Hadis 2.1
Dari Ibnu Jubair bin Mut’im, dari ayahnya, bahawasanya dia pernah melihat Rasulullah s.a.w. menunaikan suatu solat. (Perawi hadis ini, Amr, berkata, “Tidaklah aku mengetahui solat yang manakah ia”). Dan Rasulullah s.a.w. mengucapkan,
yang bermaksud, “Allah Maha Besar dengan hebatnya (3 kali). Dan puji-pujian itu adalah bagi Allah dengan bilangan yang banyak (3 kali). Dan Maha Mulia Allah di pagi hari dan di waktu petang (3 kali). Aku berlindung dengan Allah dari syaitan, dari hembusannya yang kencang, dan ludahannya, dan bisikan-bisikan jahatnya”. Amr, perawi hadis, berkata, “ نَفْثِهِ itu ialah syair, نَفْخِهِ itu ialah kesombongan dan هَمْزِهِ itu ialah kegilaan”. (Abu Daud)
Hadis 2.2
Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila dia berdiri untuk solat malam, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir. Kemudian dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Maha Mulia Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau, dan Maha Berkat namaMu, dan Maha Tinggi KemuliaanMu, dan tiadalah Tuhan selainMu’. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah - 3 kali. Allah Maha Besar dengan hebatnya - 3 kali. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dari bisikan-bisikan jahatnya, dan hembusannya yang kencang, dan ludahannya’ ”. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca Al-Fatihah. (Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Darami, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)
Hadis 2.3
Dari Ibnu Mas’ud r.a., dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., apabila dia memasuki solat, dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam, dari hembusannya yang kencang, dan bisikan-bisikan jahatnya, dan ludahannya’ ”). (Al-Baihaqi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ahmad)
Perhatian:
Adapun bacaan ta’awwuz dengan ucapan, أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ ﭐلشَّيْطَانِ ﭐلرَّجِيمِ, maka sesungguhnya tiada suatu hadis yang menyebutkan bahawa ucapan ta’awwuz sedemikian diucapkan ketika solat. Para ulama yang mengesyorkan ucapan ini, mereka bersandarkan pendapat mereka kepada firman Allah di dalam ayat An-Nahl 16:98,
yang bermaksud, “Dan apabila engkau membaca Al-Quran, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam”. Tetapi ayat ini sangat umum, dan tidak ada keterangan dari hadis sahih yang menunjukkan bahawa bacaan ta’awwuz ini diucapkan di dalam solat, melainkan ucapan ini yang mengandungi lafaz tambahan.
Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 2. Bacaan Ta’awwuz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan