Ahad, 2 September 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 12. Zikir Selepas Solat

Disusun oleh Abu Haniff

Hadis 12.1 dan 12.2

Al-Walid menceritakan, dari Al-Auzai, dari Abu Umar, namanya Syadad bin Abdullah, dari Abu Asma’, dari Thuban, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., apabila dia selesai dari solatnya, dia memohon ampun sebanyak 3 kali. Dan dia mengucapkan,

Zikir02

yang bermaksud, ‘Ya Allah, Engkau Yang Maha Sejahtera, dan dariMu kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan’ ”.

Al-Walid berkata, “Aku berkata kepada Al-Auzai, ‘Bagaimanakah cara memohon ampun itu’. Dia menjawab, ‘Engkau ucapkanlah أَسْتَغْفِرُ اللهَ, أَسْتَغْفِرُ اللهَ’ ”. (Muslim, Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Khuzaimah, Ad-Darami, Ibnu Majah)

 

Hadis 12.3

Dari Abdul Rahman bin Ghanam, dari Nabi s.a.w., bahawasanya dia bersabda, “Barang siapa yang mengucapkan sebelum ia meninggalkan dan memusingkan kakinya dari solat subuh dan maghrib,

Zikir03

yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa’, dituliskan baginya 10 kebaikan, dan hapuskan darinya 10 keburukan, dan angkatkan baginya 10 darjat. Dan adalah ia menjadi perlindungan dari setiap kesusahan, dan juga perlindungan dari syaitan yang dilaknati. Dan tidaklah menjadi bebas untuk dosa meninggalkannya melainkan syirik”. (Ahmad, At-Tirmizi)

 

Hadis 12.4

Dari Warad, pembantu Al-Mughirah bin Syu’bah, dia berkata, “Al-Mughirah bin Syu’bah pernah menulis kepada Muawiyah, bahawa Rasulullah s.a.w., adalah dia apabila selesai dari solat dan mengucapkan salam, dia mengucapkan,

Zikir04

yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Ya Allah, tidak ada yang dapat mencegah bagi apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi bagi apa yang Engkau cegah. Dan tidak akan memberi manfaat kepada yang memiliki kemuliaan terhadapMu akan kemuliaan itu’ ”. (Muslim, Bukhari, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ad-Darami)

 

Hadis 12.5

Dari Abu Zubair, dia berkata, “Adalah Ibnu Zubair, dia mengucapkan di selepas setiap solat, apabila mengucapkan salam,

Zikir05

yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Tiadalah kuasa dan tiada juga kekuatan melainkan dengan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan tidaklah kami sembah melainkan Dia. KepunyaanNyalah segala nikmat, dan kepunyaanNyalah segala limpah kurnia, dan bagiNyalah segala pujian yang baik. Tiada Tuhan melainkan Allah, ikhlas bagiNya beragama walaupun orang kafir membencinya sangat-sangat’ ”.

Dan Abu Zubair berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., dia memuliakan Allah dengannya selepas setiap solat”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah)

 

Hadis 12.6

Abu Amamah berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Barang siapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, maka tiada yang mencegahnya dari dimasukkan ke syurga melainkan mati’ ”. (At-Tabrani, An-Nasa’i)

 

Hadis 12.7

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata, “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku bahawa aku membaca Al-Mu’awwizat selepas setiap solat”. (Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Hakim, Ahmad)

 

Hadis 12.8.1

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah s.a.w., “Barang siapa yang bertasbih terhadap Allah selepas setiap solat 33 kali, dan bertahmid terhadap Allah 33 kali, dan bertakbir terhadap Allah 33 kali, lalu yang demikian itu adalah 99 kali. Dan sempurnakalah menjadi 100 dengan,

Zikir08a1

yang bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa.

Diampuni baginya kesalahan-kesalahannya sekalipun adalah ia seperti buih laut’”. (Muslim, Ahmad)

Hadis 12.8.2

Abu Hurairah r.a. berkata, “Abu Zar berkata, ‘Wahai Rasulullah, orang-orang yang memiliki kekayaan membawa pergi dengan segala pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka juga mempunyai harta benda yang berlebihan yang dapat mereka bersedekah dengannya, tetapi tidaklah kami mempunyai harta yang dapat kami bersedekah dengannya’. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Wahai Abu Zar, apakah engkau mahu aku mengajar kepadamu kalimat-kalimat yang engkau dapat melintasi dengannya orang-orang yang mendahuluimu, dan tidaklah orang yang di belakangmu dapat memotongmu melainkan orang yang membuat seperti amalanmu’. Abu Zar berkata, ‘Sudah tentu wahai Rasulullah’. Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Engkau bertakbir terhadap Allah selepas setiap solat 33 kali, dan engkau bertahmid sebanyak 33 kali, dan engkau bertasbih sebanyak 33 kali, dan engkau akhiri ia dengan ucapan,

Zikir08a1

yang bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa.

Diampuni baginya dosa-dosanya walaupun adalah ia seperti buih laut’”. (Abu Daud, Ahmad)

Hadis 12.8.3

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata, “Orang-orang fakir pernah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya orang-orang kaya, mereka solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka juga memiliki harta benda yang mereka sedekahkan serta mereka nafkahkan’. Maka Nabi s.a.w. bersabda, ‘Apabila kamu solat, maka kamu ucapkanlahZikir08e  10 kali. Maka sesungguhnya kamu, kamu melintasi dengannya orang-orang yang mendahuluimu, dan kamu mendahului orang yang selepas kamu’”. (At-Tirmizi, An-Nasa’i)

Hadis 12.8.4

Dari Abu Salih, dari Abu Hurairah, bahawasanya orang-orang fakir dari kalangan kaum Muhajirin, mereka datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata, “Orang-orang yang kaya telah pergi membawa darjat yang tinggi dan nikmat yang berpanjangan”. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, “Dan bagaimanakah begitu”. Mereka menjawab, “Mereka solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kni berpuasa, dan bersedekah tetapi tidaklah kami bersedekah, dan mereka membebaskan hamba sahaya tetapi tidaklah kami membebaskan hamba sahaya”. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apakah maka kamu mahu aku mengajar kepada kamu sesuatu yang engkau dapat melintasi dengannya orang-orang yang mendahuluimu, dan kamu mendahului dengannya orang-orang yang selepas kamu. Dan seseorang menjadi lebih dari kamu melainkan orang-orang yang melakukan seperti apa yang kamu lakukan”. Mereka menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kamu bertasbih, dan kamu bertakbir, dan kamu bertahmid selepas setiap solat sebanyak 33 kali”. Abu Salih berkata, “Lalu orang-orang fakir dari kalangan kaum Muhajirin kembali kepada Rasulullah s.a.w., dan mereka berkata, ‘Saudara-saudara kami orang-orang yang berharta itu telah mendengar dengan apa yang kami lakukan, lalu mereka melakukan sepertinya”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang Dia berikannya kepada siapa yang Dia kehendaki”. (Muslim)

 

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 12. Zikir Selepas Solat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan