Ahad, 2 September 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 12. Zikir Selepas Solat

Disusun oleh Abu Haniff

Hadis 12.1 dan 12.2

Al-Walid menceritakan, dari Al-Auzai, dari Abu Umar, namanya Syadad bin Abdullah, dari Abu Asma’, dari Thuban, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., apabila dia selesai dari solatnya, dia memohon ampun sebanyak 3 kali. Dan dia mengucapkan,

Zikir02

yang bermaksud, ‘Ya Allah, Engkau Yang Maha Sejahtera, dan dariMu kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan’ ”.

Al-Walid berkata, “Aku berkata kepada Al-Auzai, ‘Bagaimanakah cara memohon ampun itu’. Dia menjawab, ‘Engkau ucapkanlah أَسْتَغْفِرُ اللهَ, أَسْتَغْفِرُ اللهَ’ ”. (Muslim, Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Khuzaimah, Ad-Darami, Ibnu Majah)

 

Hadis 12.3

Dari Abdul Rahman bin Ghanam, dari Nabi s.a.w., bahawasanya dia bersabda, “Barang siapa yang mengucapkan sebelum ia meninggalkan dan memusingkan kakinya dari solat subuh dan maghrib,

Zikir03

yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa’, dituliskan baginya 10 kebaikan, dan hapuskan darinya 10 keburukan, dan angkatkan baginya 10 darjat. Dan adalah ia menjadi perlindungan dari setiap kesusahan, dan juga perlindungan dari syaitan yang dilaknati. Dan tidaklah menjadi bebas untuk dosa meninggalkannya melainkan syirik”. (Ahmad, At-Tirmizi)

 

Hadis 12.4

Dari Warad, pembantu Al-Mughirah bin Syu’bah, dia berkata, “Al-Mughirah bin Syu’bah pernah menulis kepada Muawiyah, bahawa Rasulullah s.a.w., adalah dia apabila selesai dari solat dan mengucapkan salam, dia mengucapkan,

Zikir04

yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Ya Allah, tidak ada yang dapat mencegah bagi apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi bagi apa yang Engkau cegah. Dan tidak akan memberi manfaat kepada yang memiliki kemuliaan terhadapMu akan kemuliaan itu’ ”. (Muslim, Bukhari, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ad-Darami)

 

Hadis 12.5

Dari Abu Zubair, dia berkata, “Adalah Ibnu Zubair, dia mengucapkan di selepas setiap solat, apabila mengucapkan salam,

Zikir05

yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Tiadalah kuasa dan tiada juga kekuatan melainkan dengan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan tidaklah kami sembah melainkan Dia. KepunyaanNyalah segala nikmat, dan kepunyaanNyalah segala limpah kurnia, dan bagiNyalah segala pujian yang baik. Tiada Tuhan melainkan Allah, ikhlas bagiNya beragama walaupun orang kafir membencinya sangat-sangat’ ”.

Dan Abu Zubair berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., dia memuliakan Allah dengannya selepas setiap solat”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah)

 

Hadis 12.6

Abu Amamah berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Barang siapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, maka tiada yang mencegahnya dari dimasukkan ke syurga melainkan mati’ ”. (At-Tabrani, An-Nasa’i)

 

Hadis 12.7

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata, “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku bahawa aku membaca Al-Mu’awwizat selepas setiap solat”. (Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Hakim, Ahmad)

 

Hadis 12.8.1

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah s.a.w., “Barang siapa yang bertasbih terhadap Allah selepas setiap solat 33 kali, dan bertahmid terhadap Allah 33 kali, dan bertakbir terhadap Allah 33 kali, lalu yang demikian itu adalah 99 kali. Dan sempurnakalah menjadi 100 dengan,

Zikir08a1

yang bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa.

Diampuni baginya kesalahan-kesalahannya sekalipun adalah ia seperti buih laut’”. (Muslim, Ahmad)

Hadis 12.8.2

Abu Hurairah r.a. berkata, “Abu Zar berkata, ‘Wahai Rasulullah, orang-orang yang memiliki kekayaan membawa pergi dengan segala pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka juga mempunyai harta benda yang berlebihan yang dapat mereka bersedekah dengannya, tetapi tidaklah kami mempunyai harta yang dapat kami bersedekah dengannya’. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Wahai Abu Zar, apakah engkau mahu aku mengajar kepadamu kalimat-kalimat yang engkau dapat melintasi dengannya orang-orang yang mendahuluimu, dan tidaklah orang yang di belakangmu dapat memotongmu melainkan orang yang membuat seperti amalanmu’. Abu Zar berkata, ‘Sudah tentu wahai Rasulullah’. Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Engkau bertakbir terhadap Allah selepas setiap solat 33 kali, dan engkau bertahmid sebanyak 33 kali, dan engkau bertasbih sebanyak 33 kali, dan engkau akhiri ia dengan ucapan,

Zikir08a1

yang bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa.

Diampuni baginya dosa-dosanya walaupun adalah ia seperti buih laut’”. (Abu Daud, Ahmad)

Hadis 12.8.3

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata, “Orang-orang fakir pernah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya orang-orang kaya, mereka solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka juga memiliki harta benda yang mereka sedekahkan serta mereka nafkahkan’. Maka Nabi s.a.w. bersabda, ‘Apabila kamu solat, maka kamu ucapkanlahZikir08e  10 kali. Maka sesungguhnya kamu, kamu melintasi dengannya orang-orang yang mendahuluimu, dan kamu mendahului orang yang selepas kamu’”. (At-Tirmizi, An-Nasa’i)

Hadis 12.8.4

Dari Abu Salih, dari Abu Hurairah, bahawasanya orang-orang fakir dari kalangan kaum Muhajirin, mereka datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata, “Orang-orang yang kaya telah pergi membawa darjat yang tinggi dan nikmat yang berpanjangan”. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, “Dan bagaimanakah begitu”. Mereka menjawab, “Mereka solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kni berpuasa, dan bersedekah tetapi tidaklah kami bersedekah, dan mereka membebaskan hamba sahaya tetapi tidaklah kami membebaskan hamba sahaya”. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apakah maka kamu mahu aku mengajar kepada kamu sesuatu yang engkau dapat melintasi dengannya orang-orang yang mendahuluimu, dan kamu mendahului dengannya orang-orang yang selepas kamu. Dan seseorang menjadi lebih dari kamu melainkan orang-orang yang melakukan seperti apa yang kamu lakukan”. Mereka menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kamu bertasbih, dan kamu bertakbir, dan kamu bertahmid selepas setiap solat sebanyak 33 kali”. Abu Salih berkata, “Lalu orang-orang fakir dari kalangan kaum Muhajirin kembali kepada Rasulullah s.a.w., dan mereka berkata, ‘Saudara-saudara kami orang-orang yang berharta itu telah mendengar dengan apa yang kami lakukan, lalu mereka melakukan sepertinya”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang Dia berikannya kepada siapa yang Dia kehendaki”. (Muslim)

 

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 12. Zikir Selepas Solat

Sabtu, 4 Ogos 2012

Bacaan Dalam Solat - 12. Zikir Selepas Solat

Disusun oleh Abu Haniff

 

12.1 Zikir Pertama

Zikir01

 

12.2 Zikir Kedua

Zikir02

(Ya Allah, Engkau Yang Maha Sejahtera, dan dariMu kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan)

 

12.3 Zikir Ketiga

Zikir03

(10 Kali – Selepas subuh dan maghrib)

(Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa)

 

12.4 Zikir Keempat

Zikir04

(Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Ya Allah, tidak ada yang dapat mencegah bagi apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi bagi apa yang Engkau cegah. Dan tidak akan memberi manfaat kepada yang memiliki kemuliaan terhadapMu akan kemuliaan itu)

 

12.5 Zikir Kelima

Zikir05

(Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Tiadalah kuasa dan tiada juga kekuatan melainkan dengan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan tidaklah kami sembah melainkan Dia. KepunyaanNyalah segala nikmat, dan kepunyaanNyalah segala limpah kurnia, dan bagiNyalah segala pujian yang baik. Tiada Tuhan melainkan Allah, ikhlas bagiNya beragama walaupun orang kafir membencinya sangat-sangat)

 

12.6 Zikir Keenam

Ayat Kursi

Zikir06

(Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang Berdiri SendiriNya. Tidaklah mengantuk menimpaNya dan tidak juga tidur. KepunyaanNya apa yang di semua langit dan apa yang di bumi. Siapakah ia yang memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui apa yang di antara tangan mereka, dan apa yang di belakang mereka. Dan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmuNya melainkan dengan apa yang Dia kehendaki. KursiNya meliputi semua langit dan bumi, dan tidaklah Dia merasa penat memelihara keduanya. Dan Dia adalah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar)

 

12.7 Zikir Ketujuh

Al-Mu’awwizat

Zikir07a

(1) Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha Esa (2) Allah yang bergantung segala sesuatu kepadaNya (3) Tidaklah Dia beroleh anak, dan tidaklah Dia dilahirkan (4) Dan tiadalah ada bagiNya yang serupa sesiapa pun”

 

Zikir07b

(1) Katakanlah, “Aku berlindung dengan Tuhan waktu fajar (2) Dari kejahatan apa yang Dia ciptakan (3) Dan dari kejahatan bermulanya kegelapan apabila ia memasuki (4) Dan dari kejahatan orang perempuan yang meniup ke dalam ikatan (5) Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia berdengki”.

 

Zikir07c

(1) Katakanlah, “Aku berlindung dengan Tuhan manusia (2) Raja manusia (3) Tuhan manusia (4) Dari kejahatan penggoda yang bersembunyi (5) Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia (6) Dari golongan jin dan manusia

 

12.8 Zikir Kelapan

12.8.1

Zikir08a

 

12.8.2

Zikir08b

 

12.8.3

Zikir08c 

 

12.8.4

Zikir08d

Muat turun Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat

Sabtu, 28 Julai 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam

Disusun oleh Abu Haniff

 

Hadis 11.1

Dari Abu Al-Ahwas dan Al-Aswad, dari Abdullah bin Mas’ud, bahawa Nabi s.a.w., adalah dia mengucapkan salam ke kanannya dan ke kirinya sehingga nampak putih pipinya,

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ, اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ. (Abu Daud, An-Nasa’i, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Daraqutni, At-Tabrani, Ahmad)

 

Hadis 11.2

Dari Abu Al-Ahwas, dari Abdullah bin Mas’ud, bahawasa Nabi s.a.w., adalah dia mengucapkan salam ke kanannya dan ke kirinya sehingga nampak putih pipinya,

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ ,اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ. (Ibnu Hibban)

 

Hadis 11.3

Dari Wasi’ ibnu Habban, dia berkata, “Aku berkata kepada Ibnu Umar, ‘Khabarkan kepadaku tentang solat Rasulullah s.a.w., bagaimanakah ia’. Ibnu Umar berkata, ‘Maka dia menyebutkan takbir setiap kali dia meletakkan kepalanya dan setiap kali dia mengangkatkannya. Dan dia menyebutkan, اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ, ke kanannya, اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ, ke kirinya’ ”. (Ahmad, An-Nasa’i)

 

Hadis 11.4.1

Dari Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w., adalah dia mengucapkan solat di dalam solat dengan sekali salam, wajahnya ke hadapan, kemudian dia berpusing ke arah kanan sedikit. (At-Tirmizi, Ad-Daraqutni, Al-Hakim, Ibn Khuzaimah)

Hadis 11.4.2

Zurarah bin Aufa berkata, “Aku menyoal Aisyah tentang solat Rasulullah s.a.w. pada waktu malam, lalu dia berkata, ‘Dia solat Isyak, kemudian dia solat selepasnya dua rakaat, kemudian dia tidur.

Maka apabila dia terjaga dan di sisinya terdapat air wuduk yang tertutup dan kayu siwak yang bersih, kemudian dia berwuduk. Maka dia berdiri, lalu dia solat lapan rakaat. Dia membaca di dalamnya dengan Fatihah dan apa yang dia inginkan dari Al-Quran.

Dan Zurarah mengulangi: Apa yang Allah kehendaki dari Al-Quran. Lalu tidaklah Rasulullah s.a.w. duduk tasyahhud di dalam mana-mana rakaat melainkan di dalam rakaat kelapan. Maka sesungguhnya dia duduk di dalam rakaat itu, lalu dia membaca tasyahhud.

Kemudian dia bangun dan tidaklah dia mengucapkan salam, lalu dia solat satu rakaat. Kemudian dia duduk, lalu dia membaca tasyahhud, dan dia berdoa. Kemudian dia mengucapkan salam dengan sekali salam, اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ.

Dia meninggikan, dengan salam itu, suaranya sehingga ia membangunkan kami. Kemudian dia bertakbir sedangkan dia dalam keadaan duduk. Lalu dia membaca, kemudian dia rukuk dan dia sujud sedangkan dia dalam keadaan duduk.

Maka dia solat dalam keadaan duduk sebanyak dua rakaat, dan ini adalah 11 rakaat. Lalu apabila dagingnya bertambah, dan rasa sakit menjadi berat, dia menjadikan 9 sebagai 7. Tidaklah dia duduk melainkan sebagaimana dia duduk di dalam yang sebelumnya, dan dia solat dua rakaat secara duduk. Maka ini adalah solat Rasulullah s.a.w. sehingga Allah mengambilnya’ ”. (Ahmad)

 

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 11. Salam

Sabtu, 21 Julai 2012

Bacaan Dalam Solat - 11. Salam

Disusun oleh Abu Haniff

 

11.1 Ucapan Pertama


 
ke kanan dan ke kiri -

Salam01

 

11.2 Ucapan Kedua


ke kanan -

Salam02


ke kiri -

Salam01

 

11.3 Ucapan Ketiga


 
ke kanan -

Salam01


ke kiri -

Salam03

 

11.4 Ucapan Keempat


sekali salam -

Salam03

 

Muat turun Bacaan Dalam Solat 11. Salam

Ahad, 15 Julai 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 10. Doa Sebelum Salam

  Disusun oleh Abu Haniff

 

Hadis 10.1. 1 - (Memohon perlindungan dari 4 perkara sebelum berdoa)

Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Apabila seseorang dari kamu telah selesai dari tasyahhud akhir, maka hendaklah ia memohon perlindungan dengan Allah dari 4 perkara. Dari azab Neraka Jahanam, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan serta kematian, dan dari kejahatan Al-Masih Dajjal’”. (Muslim)

Hadis 10.1.2

Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Apabila seseorang dari kamu telah bertasyahhud, maka maka hendaklah ia memohon perlindungan dengan Allah dari 4 perkara. Dari azab Neraka Jahanam, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan serta kematian, dan dari kejahatan Al-Masih Dajjal. Kemudian hendaklah ia mendoakan untuk dirinya dengan apa yang baik baginya’ ”. (An-Nasa’i)

Hadis 10.1.3

Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Apabila seseorang dari kamu telah bertasyahhud, maka hendaklah ia memohon perlindungan dengan Allah dari 4 perkara,

Doa01

yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab Neraka Jahanam, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan serta kematian, dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal’”. (Muslim)

 

Hadis 10.2

Dari Ibnu Abbas, dari Nabi s.a.w., bahawasanya adalah dia mengucapkan selepas tasyahhud,

Doa02

yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab Neraka Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari azab kubur, dan aku berlindung denganMu dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung denganMu dari fitnah kehidupan serta kematian”. (Abu Daud)

 

Hadis 10.3

Dari Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w., dia mengkhabarkan bahawa Nabi s.a.w. berdoa di dalam solat,

Doa03

Yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab kubur. Dan aku berlindung denganMu dari fitnah Al-Masih Dajjal. Dan aku berlindung denganMu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari perbuatan dosa dan hutang yang tertunggak”. Seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Mengapakah sering engkau memohon perlindungan dari hutang wahai Rasulullah”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya seorang lelaki apabila dia berhutang, dia bercerita lalu dia berdusta, dan dia berjanji lalu dia memungkirinya”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Baihaqi, Ahmad)

 

Hadis 10.4

Dari Farwah bin Naufal, dia berkata, “Aku berkata kepada Aisyah, ‘Riwayatkanlah kepadaku akan sesuatu yang Rasulullah s.a.w. berdoa dengannya di dalam solatnya’. Lalu dia berkata, ‘Baiklah, adalah Rasulullah s.a.w., dia mengucapkan,

Doa04

yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari keburukan apa yang telah aku lakukan, dan dari keburukan apa yang belum aku lakukan’”. (An-Nasa’i, Muslim, Abu Daud, Ahmad)

 

Hadis 10.5

Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah mendengar Nabi s.a.w. mengucapkan di dalam sebahagian solatnya, ‘اَللّٰهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا’, yang bermaksud, ‘Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah’. Lalu apabila dia selesai, aku berkata, ‘Wahai Nabi Allah, apakah hisab yang mudah itu’. Dia bersabda, ‘Bahawa Dia melihat pada kitabnya, lalu Dia memaafkannya. Sesungguhnya orang yang hisab itu di soal siasat pada hari itu, Aisyah, binasalah ia. Dan apa yang menimpa seseorang mukmin itu, Allah akan menutupkan dengannya darinya, sehingga satu duri yang menusuknya’ ”. (Ahmad, Al-Hakim)

 

Hadis 10.6

Dari ayah Atha’ bin As-Saib, dia berkata, “Ammar bin Yasir pernah solat bersama-sama dengan kami, lalu dia meringkaskannya. Maka sebahagian orang berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya engkau telah meringankan, atau engkau telah meringkaskan, solat itu’. Lalu Ammar berkata, ‘Adapun pada yang demikian itu, sesungguhnya aku telah berdoa di dalamnya dengan doa yang aku telah mendengarnya dari Rasulullah s.a.w.’. Lalu apabila Ammar bangun, seorang lelaki dari kalangan orang-orang itu mengikutinya, dia adalah Ubay, tetapi dia menyamarkan dirinya. Lalu Ubay menyoal Ammar doa itu. Kemudian Ubay datang lalu dia memberitahukan doa itu kepada orang lain,

Doa06

yang bermaksud, ‘Ya Allah, dengan ilmuMu terhadap perkara-perkara yang ghaib dan kekuasaanMu ke atas seluruh makhluk, hidupkanlah aku selagi Engkau mengetahui kehidupan itu adalah lebih baik bagiku, dan ambillah nyawaku apabila Engkau mengetahui kematian itu adalah lebih baik bagiku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu rasa takut terhadapMu semasa tersembunyi dan juga semasa terang-terangan. Dan aku memohon kepadaMu kalimat yang hak semasa dalam keadaan reda dan juga semasa dalam keadaan marah. Dan aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa fakir dan juga semasa kaya. Dan aku memohon kepadaMu kebahagiaan yang tidak lenyap. Dan aku memohon kepadaMu keseronokan yang tidak putus. Dan aku memohon kepadaMu reda selepas qada. Dan aku memohon kepadaMu kehidupan yang nyaman setelah mati. Dan aku memohon kepadaMu lazat memandang kepada wajahMu, serta kerinduan kepada perjumpaan denganMu dalam keadaan tanpa kemudaratan dan tanpa fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan keimanan, dan jadikanlah kami sebagai orang-orang yang menyampaikan petunjuk yang mendapat petunjuk’ ”. (An-Nasa’i, Ibn Khuzaimah, Al-Hakim)

 

Hadis 10.7

Dari Abu Bakar r.a., bahawa dia pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w., “Ajarkanlah kepadaku satu doa yang aku berdoa dengannya di dalam solatku”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ucapkanlah,

Doa07

yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku, aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, dan tidaklah dapat mengampuni dosa-dosa itu melainkan Engkau. Oleh karena itu, ampunilah aku dengan pengampunan dariMu, dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkau Yang Maha Mengampuni, Yang Maha Mengasihani’ ”. (Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, At-Tirmizi, Al-Baihaqi)

 

Hadis 10.8

Dari Aisyah, bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a. pernah keluar mengunjungi Rasulullah s.a.w., lalu dia berbicara dengan Rasulullah s.a.w. tentang sesuatu yang menjadi tersembunyi dari Aisyah semasa Aisyah sedang solat. Maka Nabi s.a.w. bersabda, “Wahai Aisyah, gunakanlah kalimat-kalimat yang sempurna atau kalimat yang lain”. Lalu apabila Aisyah selesai, dia menyoal Rasulullah s.a.w. tentang yang demikian itu, lalu Rasulullahs.a.w. bersabda kepada Aisyah, “Ucapkanlah,

Doa08

yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu kebaikan kesemuanya, yang sementaranya dan juga yang akan datangnya, yang aku mengetahuinya dan yang tidaklah aku mengetahui. Dan aku berlindung denganMu dari keburukan kesemuanya, yang sementaranya dan juga yang akan datangnya, yang aku mengetahuinya dan yang tidaklah aku mengetahui. Dan aku memohon kepadaMu syurga dan apa yang menyebabkan mendekatkan kepadanya, dari perkataan atau perbuatan. Dan aku berlindung denganMu dari neraka dan apa yang menyebabkan mendekatkan kepadanya, dari perkataan atau perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu kebaikan yang hambaMu dan rasulMu Muhammad pohonkan kepadaMu. Dan aku berlindung denganMu dari keburukan yang hambaMu dan rasulMu Muhammad mengambil perlindungan denganMu. Dan aku memohon kepadaMu apa yang Engkau tetapkan bagiku dari segala perkara bahawa engkau menjadikan kesudahannya sebagai haluan yang benar’ ”. (Al-Hakim, Ahmad, Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad)

 

Hadis 10.9

Dari Zaidah, dari Sulaiman, dari Abi Saleh, dari sebagaimana para sahabat Nabi s.a.w., dia berkata, “Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada seorang lelaki, ‘Bagaimana yang engkau ucapkan di dalam solat’. Dia menjawab, ‘Aku bertasyahhud dan aku mengucapkan,

Doa09

yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu syurga, dan aku berlindung denganMu dari neraka. Adapun sesungguhnya aku tidak dapat menghayati ucapanmu yang berdengung, dan tidak juga ucapan Muaz yang berdengung’. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, ‘Sekitar itulah ucapan kami’ ”. (Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibn Khuzaimah)

 

Hadis 10.10

Dari Hanzalah bin Ali, bahawa Mihjan bin Al-Adra’ menceritakan kepadanya, katanya, “Rasulullah s.a.w. pernah memasuki masjid, lalu pada masa itu dia mendapati seorang lelaki sedang menyelesaikan solatnya, dan dia sedang bertasyahhud, dan dia mengucapkan,

Doa10

yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu, ya Allah, dengan bahawasanya Engkau, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal, yang segala sesuatu berhajat kepadaNya, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada bagiNya persamaan sesiapa pun, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau, Engkau Yang Maha Pengampun, Yang Maha Mengasihani”. Mihjan bin Al-Adra’ berkata, “Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sesungguhnya diampuni baginya, sesungguhnya diampuni baginya’, sebanyak 3 kali”. (Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Hakim, Ahmad, Ibn Khuzaimah)

 

Hadis 10.11

Dari Anas, bahawasanya adalah dia bersama-sama Rasulullah s.a.w. sedang duduk, semasa seorang lelaki sedang solat. Kemudian lelaki itu berdoa,

Doa11

yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu, dengan bahawasanya bagiMu segala puji-pujian, tiada Tuhan melainkan Engkau, Yang Maha Dermawan, Pencipta segala langit dan bumi, wahai Yang Maha Agung dan Yang Maha Pemurah, wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri Dengan Sendirinya”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya dia telah berdoa kepada Allah dengan namaNya yang apabila berdoa dengannya, Dia akan mengabulkan, dan apabila memohon dengannya, Dia akan memberi”. (Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Hakim, Ahmad)

 

Hadis 10.12

‘Amr bin Maimun Al-Audi berkata, “Adalah Saad, dia mengajar anak-anaknya kalimat-kalimat ini sebagaimana seorang guru mengajar para remaja menulis, dan dia berkata, ‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w., dia memohon perlindungan dari perkara-perkara berikut di bahagian hujung solat,

Doa12

yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku, berlindung denganMu dari sifat penakut, dan aku berlindung denganMu bahawa aku dikembalikan ke umur yang paling teruk, dan aku berlindung denganMu dari fitnah dunia, dan aku berlindung denganMu dari azab kubur.’ (Bukhari)

 

Hadis 10.13

Dari Muaz bin Jabal, bahawasanya Rasulullah s.a.w., dia memegang tangan Muaz dan bersabda, “Wahai Muaz, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu”. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku mewasiatkan kepadamu, wahai Muaz, janganlah sekali-kali tidak engkau berdoa pada bahagian hujung setiap solat, bahawa engkau mengucapkan,

Doa13

yang bermaksud, ‘Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatiMu, dan untuk mengsyukuriMu, dan untuk beribadat yang baik untukMu’ ”. Dan Muaz mewasiatkan dengan yang demikian itu kepada As-Sunabihi, dan As-Sunabihi mewasiatkannya kepada Abu Abdul Rahman. (Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Baihaqi, Ahmad, Al-Hakim)

 

Hadis 10.14

Dari Umu Salamah, “Bahawasanya Nabi s.a.w., adalah dia mengucapkan selepas solat fajar,

Doa14-P

yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, dan rezeki yang baik, dan amalan yang diterima’ ”. (Ahmad, Ibnu Majah)

 

Hadis 10.15 – (Doa terakhir di antara tasyahhud dan salam)

Dari Ali bin Abu Talib r.a., dari Rasulullah s.a.w., bahawa dia apabila dia berdiri untuk solat, dia mengucapkan,

PDoa15

yang bermaksud, ‘Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak. Dan tidaklah aku dari kalangan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah. Dan berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang paling baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya melainkan Engkau. Dan hindarkanlah dariku yang buruknya. Tiadalah yang dapat menghindarkan diriku yang buruknya melainkan Engkau. Di sini aku untuk berkhidmat kepadaMu dan untuk menyenangkan hatiMu. Dan kebaikan itu kesemuanya adalah di dalam tanganMu, dan keburukan itu tiada padaMu. Aku adalah menerusiMu dan kepadaMu. Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi Engkau. Aku memohon keampunan dariMu dan aku bertaubat kepadaMu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. rukuk, dia mengucapkan,

Rukuk5

yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. bangkit, dia mengucapkan,

PDoa15-2

yang bermaksud, ‘Ya Allah, Tuhan kami, kepunyaanMulah puji-pujian itu, memenuhi segala langit dan memenuhi bumi, dan memenuhi apa yang di antara keduanya, dan memenuhi apa yang Engkau kehendaki selepas itu’.

Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan,

PDoa15-3

yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku sujud, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Wajahku bersujud kepada yang menjadikannya dan membentuknya. Dan Dia membuka pendengaranku dan penglihatanku. Dan Maha Berkat Allah, yang terbaik dari segala pencipta-pencipta’.

Kemudian dia menjadikan terakhir yang dia ucapkan di antara tasyahhud dan salam,

Doa15

yang bermaksud, Ya Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau’ ”. (Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)

Muat Turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam

Ahad, 8 Julai 2012

Bacaan Dalam Solat - 10. Doa Sebelum Salam

Disusun oleh Abu Haniff
 
10.1 Doa Pertama - (Bacaan pembukaan)
Doa01
(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab Neraka Jahanam, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan serta kematian, dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal)
 
10.2 Doa Kedua
Doa02
(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab Neraka Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari azab kubur, dan aku berlindung denganMu dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung denganMu dari fitnah kehidupan serta kematian)
 
10.3 Doa Ketiga
Doa03
(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab kubur. Dan aku berlindung denganMu dari fitnah Al-Masih Dajjal. Dan aku berlindung denganMu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari perbuatan dosa dan hutang yang tertunggak”.
Seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Mengapakah sering engkau memohon perlindungan dari hutang wahai Rasulullah”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya seorang lelaki apabila dia berhutang, dia bercerita lalu dia berdusta, dan dia berjanji lalu dia memungkirinya)
 
10.4 Doa Keempat
Doa04
(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari keburukan apa yang telah aku lakukan, dan dari keburukan apa yang belum aku lakukan)
 
10.5 Doa Kelima
Doa05
(Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah)
 
10.6 Doa Keenam
Doa06
(Ya Allah, dengan ilmuMu terhadap perkara-perkara yang gaib dan kekuasaanMu ke atas seluruh makhluk, hidupkanlah aku selagi Engkau mengetahui kehidupan itu adalah lebih baik bagiku, dan ambillah nyawaku apabila Engkau mengetahui kematian itu adalah lebih baik bagiku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu rasa takut terhadapMu semasa tersembunyi dan juga semasa terang-terangan. Dan aku memohon kepadaMu kalimat yang hak semasa dalam keadaan reda dan juga semasa dalam keadaan marah. Dan aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa fakir dan juga semasa kaya. Dan aku memohon kepadaMu kebahagiaan yang tidak lenyap. Dan aku memohon kepadaMu keseronokan yang tidak putus. Dan aku memohon kepadaMu reda selepas qada. Dan aku memohon kepadaMu kehidupan yang nyaman setelah mati. Dan aku memohon kepadaMu lazat memandang kepada wajahMu, serta kerinduan kepada perjumpaan denganMu dalam keadaan tanpa kemudaratan dan tanpa fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan keimanan, dan jadikanlah kami sebagai orang-orang yang menyampaikan petunjuk yang mendapat petunjuk)
 
10.7 Doa Ketujuh
Doa07
(Ya Allah, sesungguhnya aku, aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, dan tidaklah dapat mengampuni dosa-dosa itu melainkan Engkau. Oleh kerana itu, ampunilah aku dengan pengampunan dariMu, dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkau Yang Maha Mengampuni, Yang Maha Mengasihani)
 
10.8 Doa Kelapan
Doa08
(Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu kebaikan kesemuanya, yang sementaranya dan juga yang akan datangnya, yang aku mengetahuinya dan yang tidaklah aku mengetahui. Dan aku berlindung denganMu dari keburukan kesemuanya, yang sementaranya dan juga yang akan datangnya, yang aku mengetahuinya dan yang tidaklah aku mengetahui. Dan aku memohon kepadaMu syurga dan apa yang menyebabkan mendekatkan kepadanya, dari perkataan atau perbuatan. Dan aku berlindung denganMu dari neraka dan apa yang menyebabkan mendekatkan kepadanya, dari perkataan atau perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu kebaikan yang hambaMu dan rasulMu Muhammad pohonkan kepadaMu. Dan aku berlindung denganMu dari keburukan yang hambaMu dan rasulMu Muhammad mengambil perlindungan denganMu. Dan aku memohon kepadaMu apa yang Engkau tetapkan bagiku dari segala perkara bahawa engkau menjadikan kesudahannya sebagai haluan yang benar)
 
10.9 Doa Kesembilan
Doa09
(Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu syurga, dan aku berlindung denganMu dari neraka)
 
10.10 Doa Kesepuluh
Doa10
(Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu, ya Allah, dengan bahawasanya Engkau, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal, yang segala sesuatu berhajat kepadaNya, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada bagiNya persamaan sesiapa pun, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau, Engkau Yang Maha Pengampun, Yang Maha Mengasihani)
 
10.11 Doa Kesebelas
Doa11
(Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu, dengan bahawasanya bagiMu segala puji-pujian, tiada Tuhan melainkan Engkau, Yang Maha Dermawan, Pencipta segala langit dan bumi, wahai Yang Maha Agung dan Yang Maha Pemurah, wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri Dengan Sendirinya)
 
10.12 Doa Kedua belas
Doa12
(Ya Allah, sesungguhnya aku, berlindung denganMu dari sifat penakut, dan aku berlindung denganMu bahawa aku dikembalikan ke umur yang paling teruk, dan aku berlindung denganMu dari fitnah dunia, dan aku berlindung denganMu dari azab kubur)
 
10.13 Doa Ketiga belas
Doa13
(Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatiMu, dan untuk mensyukuriMu, dan untuk beribadat yang baik untukMu)
 
10.14 Doa Keempat belas
Doa14
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, dan rezeki yang baik, dan amalan yang diterima)
 
10.15 Doa Kelima belas (Doa Penutup)
Doa15
(Ya Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau)


Muat turun Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam