Disusun oleh Abu Haniff
Hadis 11.1
Dari Abu Al-Ahwas dan Al-Aswad, dari Abdullah bin Mas’ud, bahawa Nabi s.a.w., adalah dia mengucapkan salam ke kanannya dan ke kirinya sehingga nampak putih pipinya,
اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ, اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ. (Abu Daud, An-Nasa’i, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Daraqutni, At-Tabrani, Ahmad)
Hadis 11.2
Dari Abu Al-Ahwas, dari Abdullah bin Mas’ud, bahawasa Nabi s.a.w., adalah dia mengucapkan salam ke kanannya dan ke kirinya sehingga nampak putih pipinya,
اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ ,اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ. (Ibnu Hibban)
Hadis 11.3
Dari Wasi’ ibnu Habban, dia berkata, “Aku berkata kepada Ibnu Umar, ‘Khabarkan kepadaku tentang solat Rasulullah s.a.w., bagaimanakah ia’. Ibnu Umar berkata, ‘Maka dia menyebutkan takbir setiap kali dia meletakkan kepalanya dan setiap kali dia mengangkatkannya. Dan dia menyebutkan, اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ, ke kanannya, اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ, ke kirinya’ ”. (Ahmad, An-Nasa’i)
Hadis 11.4.1
Dari Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w., adalah dia mengucapkan solat di dalam solat dengan sekali salam, wajahnya ke hadapan, kemudian dia berpusing ke arah kanan sedikit. (At-Tirmizi, Ad-Daraqutni, Al-Hakim, Ibn Khuzaimah)
Hadis 11.4.2
Zurarah bin Aufa berkata, “Aku menyoal Aisyah tentang solat Rasulullah s.a.w. pada waktu malam, lalu dia berkata, ‘Dia solat Isyak, kemudian dia solat selepasnya dua rakaat, kemudian dia tidur.
Maka apabila dia terjaga dan di sisinya terdapat air wuduk yang tertutup dan kayu siwak yang bersih, kemudian dia berwuduk. Maka dia berdiri, lalu dia solat lapan rakaat. Dia membaca di dalamnya dengan Fatihah dan apa yang dia inginkan dari Al-Quran.
Dan Zurarah mengulangi: Apa yang Allah kehendaki dari Al-Quran. Lalu tidaklah Rasulullah s.a.w. duduk tasyahhud di dalam mana-mana rakaat melainkan di dalam rakaat kelapan. Maka sesungguhnya dia duduk di dalam rakaat itu, lalu dia membaca tasyahhud.
Kemudian dia bangun dan tidaklah dia mengucapkan salam, lalu dia solat satu rakaat. Kemudian dia duduk, lalu dia membaca tasyahhud, dan dia berdoa. Kemudian dia mengucapkan salam dengan sekali salam, اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ.
Dia meninggikan, dengan salam itu, suaranya sehingga ia membangunkan kami. Kemudian dia bertakbir sedangkan dia dalam keadaan duduk. Lalu dia membaca, kemudian dia rukuk dan dia sujud sedangkan dia dalam keadaan duduk.
Maka dia solat dalam keadaan duduk sebanyak dua rakaat, dan ini adalah 11 rakaat. Lalu apabila dagingnya bertambah, dan rasa sakit menjadi berat, dia menjadikan 9 sebagai 7. Tidaklah dia duduk melainkan sebagaimana dia duduk di dalam yang sebelumnya, dan dia solat dua rakaat secara duduk. Maka ini adalah solat Rasulullah s.a.w. sehingga Allah mengambilnya’ ”. (Ahmad)
Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 11. Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan