Ahad, 24 Jun 2012

Bacaan Dalam Solat - 9. Selawat

Disusun oleh Abu Haniff

 

9.1 Ucapan Pertama

Selawat01

(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan kepada ahli keluarganya, dan kepada para isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad, dan ahli keluarganya, dan para isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau berkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia)

 

9.2 Ucapan Kedua

Selawat02

(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Ibrahim, dan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia)

 

9.3 Ucapan Ketiga

Selawat03

(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berkati Ibrahim di semesta alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia)

 

9.4 Ucapan Keempat

Selawat04

(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, hambaMu dan juga rasulMu, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berkati Ibrahim)

 

9.5 Ucapan Kelima

Selawat05

(Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan para isterinya serta zuriatnya, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, dan para isterinya serta zuriatnya, sebagaimana Engkau berkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia)

 

Muat turun Bacaan Dalam Solat 9. Selawat

Sabtu, 23 Jun 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 8. Tasyahhud

Disusun oleh Abu Haniff

 

Hadis 8.1 - Tasyahhud Ibnu Mas’ud r.a.

Ibnu Mas’ud r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah mengajarkan aku tasyahhud, sedang telapak tanganku berada di antara kedua telapak tangannya, sebagaimana dia mengajarkan aku surah-surah dari Al-Quran,

Tasyahhud01a

yang bermaksud, ‘Segala ucapan penghormatan itu adalah untuk Allah, dan juga segala doa-doa dan segala ucapan yang baik. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya’.

Dan ucapan ini kami ucapkan ketika dia masih berada di antara kami. Maka apabila dia telah diambil, kami mengucapkan, اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ”. (Bukhari)

Perhatian:

Dari apa yang disebutkan oleh Ibnu Mas’ud r.a. bahawa apabila Nabi s.a.w. telah tiada maka para sahabat menggantikan sebutan untuk orang kedua, اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ, yang bermaksud, ‘Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi’ kepada sebutan untuk orang ketiga, اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ, yang bermaksud, ‘Kesejahteraan ke atas Nabi’, maka adalah wajar juga bagi kita untuk berbuat sedemikian, lalu di dalam tasyahhud, kita sewajarnya menggantikan ucapan اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ kepada اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ.

Dan apa yang disebutkan oleh Ibnu Mas’ud r.a., bahawa para sahabat menggantikan ucapan اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ kepada اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ, dikuatkan oleh riwayat dari Atha’ yang diriwayatkan di dalam musnaf Abdur Razak, dari Ibnu Juraij, dari Atha’, bahawasanya para sahabat Nabi s.a.w., adalah mereka mengucapkan salam semasa Nabi s.a.w. masih hidup,

PTasyahhud01a

yang bermaksud, “Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya”.

Lalu apabila Nabi s.a.w. telah wafat, mereka mengucapkan,

PTasyahhud01b

yang bermaksud, “Kesejahteraan ke atas Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya”.

Dan di dalam musnad As-Sarraj, diriwayatkan Ibnu Thawus menceritakan bahawa ayahnya mengucapkan yang sedemikian itu di dalam tasyahhudnya, dan dia menerimanya dari Aisyah r.a. yang menerima dari Nabi s.a.w.. Maka ini bermakna apa yang dilakukan oleh Ibnu Mas’ud r.a. menggantikan ucapan اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ kepada اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ, sesungguhnya datang dari Nabi s.a.w..

Diriwayatkan di dalam musnad As-Sarraj, Ibnu Juraij berkata, “Ibnu Thawus mengkhabarkan kepadaku dari ayahnya, bahawasanya dia mengucapkan di dalam tasyahhud,

PTasyahhud01c

yang bermaksud, ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Segala ucapan penghormatan, segala keberkatan, dan segala doa-doa, dan segala ucapan yang baik adalah bagi Allah. Kesejahteraan ke atas Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya’.

Dan adalah dia mengucapkan selepas itu kalimat yang dia mengagungkannya sangat-sangat”. Aku berkata, “Di dalam dua rakaat awal dan dan dua rakaat akhir, kedua-dua tasyahhud itu”. Ibnu Thawus menjawab, “Tidak, tetapi dalam dua rakaat terakhir, selepas tasyahhud”. Aku bertanya, “Apakah ia”. Dia berkata, “

PTasyahhud01d

yang bermaksud, ‘Aku berlindung dengan Allah dari azab Neraka Jahanam. Dan aku berlindung dengan Allah dari kejahatan Al-Masih Dajjal. Dan aku berlindung dengan Allah dari azab kubur. Dan aku berlindung dengan Allah dari fitnah kehidupan serta kematian’ ”.

Ibnu Thawus berkata, “Adalah dia mengagungkannya dan dia mengkhabarkannya dari Aisyah, dari Nabi s.a.w.”.

 

Hadis 8.2 - Tasyahhud Ibnu Abbas r.a.

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawasanya dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., dia mengajarkan kepada kami tasyahhud sebagaimana dia mengajarkan kepada kami surah-surah dari Al-Quran. Maka dia mengucapkan

Tasyahhud02

yang bermaksud, ‘Segala ucapan penghormatan, segala keberkatan, dan segala doa-doa, dan segala ucapan yang baik adalah bagi Allah. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah’. (Muslim, Asy-Syafii, Abu Daud, An-Nasa’i, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)

 

Hadis 8.3 - Tasyahhud Ibnu Umar r.a. 

Dari Ibnu Umar, dari Rasulullah s.a.w. bahawasanya dia mengucapkan di dalam tasyahhud,

PTasyahhud03a

yang bermaksud, “Segala ucapan penghormatan itu adalah untuk Allah, segala doa-doa, segala ucapan yang baik. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya”.

Ibnu Umar berkata, “Aku telah menambah di dalamnya, ‘وبركاته’.

yang bermaksud, “Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah”.

Ibnu Umar berkata, “Aku telah menambah, ‘وحده لا شريك له’.

PTasyahhud03c

yang bermaksud, “Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya”. (Abu Daud, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)

 

Hadis 8.4 - Tasyahhud Abu Musa Al-Asy’ari r.a.

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda, “…dan apabila adalah imam duduk untuk tasyahhud, maka jadikanlah mula-mula ucapan seseorang dari kamu,

Tasyahhud04

yang bermaksud, “Segala ucapan penghormatan itu, segala ucapan yang baik, segala doa-doa adalah untuk Allah. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ad-Darami, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)

 

Hadis 8.5 - Tasyahhud Umar Al-Khattab r.a.

Dari Abdul Rahman bin Abdul Qari, bahawasanya dia pernah mendengar Umar bin Al-Khattab semasa dia di atas mimbar sedang mengajar manusia tasyahhud. Umar berkata, kamu ucapkanlah

Tasyahhud05

yang bermaksud, “Segala ucapan penghormatan itu adalah untuk Allah. Segala kesucian itu adalah untuk Allah. Segala ucapan yang baik, segala doa-doa adalah untuk Allah. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya”. (Malik, Al-Baihaqi)

 

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud

Khamis, 7 Jun 2012

Bacaan Dalam Solat - 8. Tasyahhud

Disusun oleh Abu Haniff

 

8.1 Tasyahhud Pertama - (Tasyahhud Ibnu Mas’ud r.a.)

Tasyahhud01a

(Segala ucapan penghormatan itu adalah untuk Allah, dan juga segala doa-doa dan segala ucapan yang baik. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya)

Perhatian:

Ibnu Mas’ud r.a. mengatakan bahawa apabila Nabi s.a.w. telah tiada, maka para sahabat telah menggantikan sebutan untuk orang kedua, اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ, yang bermaksud, ‘Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi’ kepada sebutan untuk orang ketiga, اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ, yang bermaksud, ‘Kesejahteraan ke atas Nabi’. Maka adalah wajar juga bagi kita untuk berbuat sedemikian, lalu di dalam tasyahhud, kita sewajarnya menggantikan ucapan اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ kepada اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ. Lalu tasyahhud Ibnu Mas’ud r.a. menjadi,

Tasyahhud01b

 

8.2 Tasyahhud Kedua - (Tasyahhud Ibnu Abbas r.a.)

Tasyahhud02

(Segala ucapan penghormatan, segala keberkatan, dan segala doa-doa, dan segala ucapan yang baik adalah bagi Allah. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah)

 

8.3 Tasyahhud Ketiga - (Tasyahhud Ibnu Umar r.a.)

Tasyahhud03

(Segala ucapan penghormatan itu adalah untuk Allah, segala doa-doa, segala ucapan yang baik. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tiada sekutu bagiNya. Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya)

 

8.4 Tasyahhud Keempat - (Tasyahhud Abu Musa Al-Asy’ari r.a.)

Tasyahhud04

(Segala ucapan penghormatan itu, segala ucapan yang baik, segala doa-doa adalah untuk Allah. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya)

 

8.5 Tasyahhud Kelima - (Tasyahhud Umar Al-Khattab r.a.)

Tasyahhud05

(Segala ucapan penghormatan itu adalah untuk Allah. Segala kesucian itu adalah untuk Allah. Segala ucapan yang baik, segala doa-doa adalah untuk Allah. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya)

 

Muat turun Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud

Ahad, 3 Jun 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 7. Duduk Di Antara Dua Sujud

Disusun oleh Abu Haniff

 

Hadis 7.1

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawasanya Nabi s.a.w., adalah dia mengucapkan di antara dua sujud,

Duduk01

yang bermaksud, “Ya Allah, ampunilah aku, dan kasihanilah aku, dan berikanlah aku kesejahteraan, dan berikanlah aku petunjuk, dan berikanlah aku rezeki”. (Abu Daud)

 

Hadis 7.2

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawasanya Nabi s.a.w., adalah dia mengucapkan di antara dua sujud,

Duduk02

yang bermaksud, “Ya Allah, ampunilah aku, dan kasihanilah aku, dan cukupilah aku, dan berikanlah aku petunjuk, dan berikanlah aku rezeki”. (At-Tirmizi)

 

Hadis 7.3

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawasanya Nabi s.a.w., adalah dia mengucapkan di antara dua sujud di dalam solat malam,

Duduk03

yang bermaksud, “Tuhanku, ampunilah aku, dan kasihanilah aku, dan cukupilah aku, dan berikanlah aku rezeki, dan angkatkanlah darjatku”. (Ibnu Majah)

 

Hadis 7.4

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata, “Aku pernah bermalam di rumah ibu saudaraku, Maimunah. Dan Nabi s.a.w. bangun dari tidurnya”. Maka Ibnu Abbas r.a. menyebut hadis tentang solat Nabi s.a.w., dia berkata, “Adalah apabila Nabi s.a.w. mengangkat kepalanya dari sujud, dia mengucapkan,

Duduk04

yang bermaksud, “Tuhanku, ampunilah aku, dan kasihanilah aku, dan cukupilah aku, dan angkatkanlah darjatku, dan berikanlah aku rezeki, dan berikanlah aku petunjuk”. (Al-Baihaqi)

 

Hadis 7.5

Dari Huzaifah, bahawasanya dia pernah solat bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. pada suatu malam, dan dia mendengar Rasulullah s.a.w. apabila bertakbir, Rasulullah s.a.w. mengucapkan, ‘ذُوﭐلْمَلَكُوتِ وَﭐلْجَبَرُوتِ وَﭐلْكِبْرِيَاءِ وَﭐلْعَظَمَة اَللهُ أَكْبَرُ’. Dan adalah Rasulullah s.a.w. mengucapkan di dalam rukuknya, ‘سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْعَظِيمِ’. Dan apabila Rasulullah s.a.w. mengangkatkan kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan, ‘لِرَبِّيَ ﭐلْحَمْدُ، لِرَبِّيَ ﭐلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu, bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu’, dan di dalam sujudnya, ‘سُبْحَانَ رَبِّيَ ﭐلْأَعْلَى’, dan di dalam di antara dua sujud, ‘رَبِّ ﭐغْفِرْ لِي رَبِّ ﭐغْفِرْ لِي’. Dan adalah berdirinya, dan rukuknya, dan apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk, dan sujudnya, dan yang di antara dua sujud adalah lamanya hampir sama. (An-Nasa’i, Abu Daud)

 

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud