Sabtu, 23 Jun 2012

Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 8. Tasyahhud

Disusun oleh Abu Haniff

 

Hadis 8.1 - Tasyahhud Ibnu Mas’ud r.a.

Ibnu Mas’ud r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah mengajarkan aku tasyahhud, sedang telapak tanganku berada di antara kedua telapak tangannya, sebagaimana dia mengajarkan aku surah-surah dari Al-Quran,

Tasyahhud01a

yang bermaksud, ‘Segala ucapan penghormatan itu adalah untuk Allah, dan juga segala doa-doa dan segala ucapan yang baik. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya’.

Dan ucapan ini kami ucapkan ketika dia masih berada di antara kami. Maka apabila dia telah diambil, kami mengucapkan, اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ”. (Bukhari)

Perhatian:

Dari apa yang disebutkan oleh Ibnu Mas’ud r.a. bahawa apabila Nabi s.a.w. telah tiada maka para sahabat menggantikan sebutan untuk orang kedua, اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ, yang bermaksud, ‘Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi’ kepada sebutan untuk orang ketiga, اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ, yang bermaksud, ‘Kesejahteraan ke atas Nabi’, maka adalah wajar juga bagi kita untuk berbuat sedemikian, lalu di dalam tasyahhud, kita sewajarnya menggantikan ucapan اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ kepada اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ.

Dan apa yang disebutkan oleh Ibnu Mas’ud r.a., bahawa para sahabat menggantikan ucapan اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ kepada اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ, dikuatkan oleh riwayat dari Atha’ yang diriwayatkan di dalam musnaf Abdur Razak, dari Ibnu Juraij, dari Atha’, bahawasanya para sahabat Nabi s.a.w., adalah mereka mengucapkan salam semasa Nabi s.a.w. masih hidup,

PTasyahhud01a

yang bermaksud, “Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya”.

Lalu apabila Nabi s.a.w. telah wafat, mereka mengucapkan,

PTasyahhud01b

yang bermaksud, “Kesejahteraan ke atas Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya”.

Dan di dalam musnad As-Sarraj, diriwayatkan Ibnu Thawus menceritakan bahawa ayahnya mengucapkan yang sedemikian itu di dalam tasyahhudnya, dan dia menerimanya dari Aisyah r.a. yang menerima dari Nabi s.a.w.. Maka ini bermakna apa yang dilakukan oleh Ibnu Mas’ud r.a. menggantikan ucapan اَلسَّلَامُ عَلَيكَ أَيُّهَا ﭐلنَّبِيُّ kepada اَلسَّلَامُ عَلَى ﭐلنَّبِيِّ, sesungguhnya datang dari Nabi s.a.w..

Diriwayatkan di dalam musnad As-Sarraj, Ibnu Juraij berkata, “Ibnu Thawus mengkhabarkan kepadaku dari ayahnya, bahawasanya dia mengucapkan di dalam tasyahhud,

PTasyahhud01c

yang bermaksud, ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Segala ucapan penghormatan, segala keberkatan, dan segala doa-doa, dan segala ucapan yang baik adalah bagi Allah. Kesejahteraan ke atas Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya’.

Dan adalah dia mengucapkan selepas itu kalimat yang dia mengagungkannya sangat-sangat”. Aku berkata, “Di dalam dua rakaat awal dan dan dua rakaat akhir, kedua-dua tasyahhud itu”. Ibnu Thawus menjawab, “Tidak, tetapi dalam dua rakaat terakhir, selepas tasyahhud”. Aku bertanya, “Apakah ia”. Dia berkata, “

PTasyahhud01d

yang bermaksud, ‘Aku berlindung dengan Allah dari azab Neraka Jahanam. Dan aku berlindung dengan Allah dari kejahatan Al-Masih Dajjal. Dan aku berlindung dengan Allah dari azab kubur. Dan aku berlindung dengan Allah dari fitnah kehidupan serta kematian’ ”.

Ibnu Thawus berkata, “Adalah dia mengagungkannya dan dia mengkhabarkannya dari Aisyah, dari Nabi s.a.w.”.

 

Hadis 8.2 - Tasyahhud Ibnu Abbas r.a.

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawasanya dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., dia mengajarkan kepada kami tasyahhud sebagaimana dia mengajarkan kepada kami surah-surah dari Al-Quran. Maka dia mengucapkan

Tasyahhud02

yang bermaksud, ‘Segala ucapan penghormatan, segala keberkatan, dan segala doa-doa, dan segala ucapan yang baik adalah bagi Allah. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah’. (Muslim, Asy-Syafii, Abu Daud, An-Nasa’i, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)

 

Hadis 8.3 - Tasyahhud Ibnu Umar r.a. 

Dari Ibnu Umar, dari Rasulullah s.a.w. bahawasanya dia mengucapkan di dalam tasyahhud,

PTasyahhud03a

yang bermaksud, “Segala ucapan penghormatan itu adalah untuk Allah, segala doa-doa, segala ucapan yang baik. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya”.

Ibnu Umar berkata, “Aku telah menambah di dalamnya, ‘وبركاته’.

yang bermaksud, “Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah”.

Ibnu Umar berkata, “Aku telah menambah, ‘وحده لا شريك له’.

PTasyahhud03c

yang bermaksud, “Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya”. (Abu Daud, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)

 

Hadis 8.4 - Tasyahhud Abu Musa Al-Asy’ari r.a.

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda, “…dan apabila adalah imam duduk untuk tasyahhud, maka jadikanlah mula-mula ucapan seseorang dari kamu,

Tasyahhud04

yang bermaksud, “Segala ucapan penghormatan itu, segala ucapan yang baik, segala doa-doa adalah untuk Allah. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ad-Darami, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)

 

Hadis 8.5 - Tasyahhud Umar Al-Khattab r.a.

Dari Abdul Rahman bin Abdul Qari, bahawasanya dia pernah mendengar Umar bin Al-Khattab semasa dia di atas mimbar sedang mengajar manusia tasyahhud. Umar berkata, kamu ucapkanlah

Tasyahhud05

yang bermaksud, “Segala ucapan penghormatan itu adalah untuk Allah. Segala kesucian itu adalah untuk Allah. Segala ucapan yang baik, segala doa-doa adalah untuk Allah. Kesejahteraan ke atasmu, wahai Nabi, dan juga belas kasihan dan keberkatanNya. Kesejahteraan ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya”. (Malik, Al-Baihaqi)

 

Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud

Tiada ulasan:

Catat Ulasan