Disusun oleh Abu Haniff
Hadis 9.1
Dari Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Hazm, dari seorang lelaki dari kalangan para sahabat Nabi s.a.w., dari Nabi s.a.w., bahawasanya adalah dia mengucapkan,
yang bermaksud, “Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan kepada ahli keluarganya, dan kepada para isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad, dan ahli keluarganya, dan para isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau berkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia”. (Ahmad)
Hadis 9.2
Abdul Rahman bin Abu Laila berkata, “Kaab bin Ujrah bersua denganku, lalu dia berkata, ‘Mahukah aku menghadiahkan kepadamu dengan satu hadiah yang aku telah mendengarnya dari Nabi s.a.w.’. Lalu aku menjawab, ‘Sudah tentu, maka hadiahkanlah ia kepadaku’. Maka Kaab berkata, ‘Kami pernah menyoal Rasulullah s.a.w., maka kami berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah selawat ke atas ahli keluarga kamu. Maka sesungguhnya Allah telah mengajar kami bagaimana kami mengucapkan salam kepada kamu’. Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Kamu katakanlah,
yang bermaksud: Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Ibrahim, dan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia’ ”. (Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, An-Nasa’i, Ad-Darami, Ahmad)
Hadis 9.3
Dari Abu Mas’ud Al-Ansari, bahawasanya dia berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah datang kepada kami di majlis Saad bin Ubadah, lalu Basyir bin Saad berkata kepada Rasulullah s.a.w., ‘Allah telah memerintahkan kami supaya kami selawat ke atasmu wahai Rasulullah, lalu bagaimanakah kami selawat ke atasmu’ ”. Abu Mas’ud Al-Ansari berkata, “Lalu Rasulullah s.a.w. diam sehingga kami berharap bahawasanya tidaklah dia menyoalnya. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Kamu katakanlah,
yang bermaksud: Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berkati Ibrahim di semesta alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan ucapkanlah salam sebagaimana yang kamu telah pelajari itu’ ”. (Malik, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Baihaqi, Ahmad)
Hadis 9.4
Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata, “Kami berkata, ‘Wahai Rasulullah, ini adalah ucapan salam, lalu bagaimanakah kami mengucapkan selawat ke atasmu’. Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Kamu ucapkanlah,
yang bermaksud: Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, hambaMu dan juga rasulMu, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berkati Ibrahim’ ”. (Bukhari, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad)
Hadis 9.5
Abu Hamid As-Saidi r.a. menceritakan bahawa mereka berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami mengucapkan selawat ke atasmu”. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kamu ucapkanlah,
yang bermaksud, ‘Ya Allah, berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Muhammad, dan para isterinya serta zuriatnya, sebagaimana Engkau berikanlah kedudukan terpuji serta termulia kepada Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, dan para isterinya serta zuriatnya, sebagaimana Engkau berkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia’ ”. (Bukhari, Malik, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad)
Muat turun Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan